`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, January 10, 2020

Bukan kereta terbang, tapi dron pertanian pencetus revolusi 2020

Dron pertama diwujudkan bagi sektor pertanian bertujuan bagi menabur baja.

Jika sebelum ini anda mendengar beberapa Kajian dan Penyelidikan (R&D) yang cuba diwujudkan seperti kereta terbang dan dron bagi menghantar makanan di Cyberjaya, kini ia juga menjadi realiti dan diguna pakai dalam sektor pertanian.

Sebuah dron dihasilkan bertujuan menabur baja pada mana-mana tanaman dan sekaligus menjadikan hasilnya 10 kali ganda lebih baik dari segi kualiti dan kuantitinya.
Menariknya, kecanggihan dron ini menggunakan sistem retina mata pemilik sahaja sekaligus ia boleh mengelakkan daripada berlaku kecurian.
Dron ini terbukti berkesan dalam eksperimen yang dijalankan di Brunei pada tanaman padi dan China bagi tanaman sawi.
Menurut usahawan Berpadi Brunei Pusat Pembangunan Belia di bawah Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Brunei, Hairin Shah, 46 hasil tuaian padinya pada Julai tahun lalu memperoleh empat tan berbanding dua tan sahaja pada tahun sebelumnya.
Dicipta bagi mengurangkan kos pekerja dan penghasilan tanaman yang lebih berkualiti.
Di dalam dron tersebut, ia diletakkan bahan organik Genkimo yang berasal dari Institut Penyelidikan dan Kemahiran Pertanian (MARDI), kemudian disembur menggunakan teknologi tersebut.
“Cara urusan perladangannya kami mengikut peraturan yang ditetapkan dalam pertanian, cara pembajaan, pengairan dan cara penjagaan padi perlu diikuti daripada mula ditanam selama 115 hari ke 120 hari, kejayaan yang kami hasilkan untuk 1 hektar tanah adalah melebihi 4 tan iaitu melebihi apa yang kami buat secara tradisional.
Kolaborasi di antara Malaysia, China dan Brunei, ia menghasilkan sebuah dron yang boleh dikawal dengan retina mata sahaja.
“Nilai perbelanjaan yang dikeluarkan adalah sebanyak RM570 bagi 10kg komposit dan 5 liter G1 untuk 1 hektar tanah tersebut,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, Khamis.
Sementara di China pula, Ketua Pegawai Teknikal Pertubuhan Pengurusan Pembangunan Ekonomi (EDMO), Gary C menjelaskan yang kualiti sayur yang dihasilkan adalah 16 kali ganda lebih besar dan dijamin bebas daripada sebarang ancaman seperti ulat yang sering memusnahkan tanaman.
Menandatangani perjanjian di antara ketiga-tiga negara bagi tujuan pembaharuan dalam sektor pertanian.
“Di China terdapat 30 bendang pada keluasan 6 ekar dengan tanaman sawi dan percubaan yang dilakukan hanyalah pada 2 bendang sahaja dengan mengikut peraturan yang ditetapkan, turut menggunakan bahan organik Genkimo.
“Selepas percubaan, tanaman di 28 bendang mati. Hanya 2 bendang yang menggunakan teknologi baja dron hidup. Namun itu bukan berita baik. Tetapi yang menariknya berlaku penambahan hasil 64% lebih daripada asal dan sawi yang dikeluarkan 2 kali ganda lebih besar daripada saiz biasa,” ujarnya.
Menurut Gary lagi ia adalah hasil idea kerjasama daripada Malaysia dan China di mana segala perisian dan idea datang daripada Malaysia, sementara China pula membekalkan segala peralatan yang diperlukan.
Kolabrasi ini adalah hasil inisiatif Pertubuhan Pengurusan Pembangunan Ekonomi yang menjalankan hubungan di antara Malaysia, China dan Brunei.
Gabungan idea ini pastinya bertujuan untuk mengurangkan kos dan membuka peluang pekerjaan kepada usahawan muda.
Menurut Pengerusi EDMO, Ariff Fadli bagi usahawan yang berminat mereka akan diberi latihan terlebih dulu tentang pengendalian dron kerana ia perlu dikawal dengan lebih teliti supaya hasilnya menjadi seperti yang dirancang.
“Kita menyediakan latihan kepada mereka yang berminat untuk mengembangkan lagi pertanian mereka dan sekaligus mensasarkan untuk menjadi usahawan yang berjaya.
Ketua Pegawai Teknikal Pertubuhan Pengurusan Pembangunan Ekonomi (EDMO), Gary C berkata latihan akan diberikan kepada usahawan yang berminat dalam sektor pertanian moden.
“Inilah masanya untuk semua berubah kepada satu revolusi baru dalam menjana pendapatan lebih disamping mengembangkan lagi sektor pertanian,” katanya selepas menandatangani Mou dengan China dan Brunei sebagai rakan strategik dalam mengembangkan lagi industri pertanian yang turut menyaksikan Swa TV menjadi rakan strategik dalam mempromosikannya.
Tambahnya selepas latihan itu diberikan, mereka boleh membeli dron tersebut dengan harga RM60,000 seunit dengan bantuan pinjaman kerajaan sediakan.
Produk Genkimo memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi rakyat dalam industri pertanian dan asas tani.
Dimana hasil, kualiti akan bertambah, tanah dapat dikawal dalam penggunaan baja, mengawal serangan serangga dan mengawal kos dalam pertanian dan penternakan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.