(Harakah Daily) – Konflik dalaman Pakatan Harapan (PH) tidak mampu disembunyikan lagi apabila Dr Maszlee Malik menjadi korban kecelaruan tersebut.
Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, sikap DAP sebagai ‘abang besar’ PH tidak mampu disembunyikan lagi sehingga membawa pengunduran Menteri Pendidikan.
Katanya, campurtangan DAP di kementerian terbabit begitu terserlah sejak awal lagi.
“Ini dapat dilihat apabila Lim Guan Eng secara terang-terangan mengangkat DAP sebagai pejuang hak masyarakat Cina seperti dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Cina 1 Januari lepas.
“Selain itu pihak yang sering mengkritik bekas menteri terbabit ialah pemimpin DAP,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah di sini.
Pada Julai 2018 Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh dan Adun Bercham Ong Boon Piow juga dari DAP dilapor mengecam Dr Maszlee apabila mengumumkan di Parlimen tiadanya peruntukan untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina kerana ia tidak termasuk dalam sistem pendidikan nasional.
Boon Piow pada 26 Julai 2018 antara lain menyebut Perdana Menteri perlu menilai semula kedudukan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.