`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 18, 2020

Kerajaan kaji beri elaun guru Kafa cuti bersalin, kata Mujahid

Mujahid Yusof Rawa berkata, pihaknya akan meminta elaun guru Kafa dinaikkan dalam Belanjawan 2021 bagi mengelakkan mereka rasa terpinggir. (Gambar Fail)
NIBONG TEBAL: Kerajaan akan terus memfokuskan kebajikan guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa), termasuk menilai semula pemberian elaun kepada gurunya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa.
Beliau berkata, pemberian elaun sentiasa menjadi fokus perbincangan di peringkat kementeriannya dalam usaha menghargai jasa guru Kafa dan memartabatkan lagi profesion itu yang turut menjadi nadi penting dalam pendidikan.
“Dalam Belanjawan 2020, kita telah menaikkan elaun guru Kafa sebanyak RM100 lagi, menjadikan elaun mereka kini RM1,000 daripada RM900 sebelum ini.
“Saya katakan ia (kenaikan elaun) tidak akan terhenti di sini. Untuk Belanjawan 2021, kita akan minta lebih lagi supaya guru Kafa tidak rasa terpinggir dari sudut elaun,” katanya selepas merasmikan program e-RPH (Rancangan Pengajaran Harian) dan Kafa Pendidikan Khas Zon Utara di Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal semalam.
Mujahid berkata, penekanan yang akan diberikan kerajaan terhadap guru Kafa termasuk pemberian elaun kepada gurunya yang mengambil cuti bersalin kerana buat masa ini mereka tidak menikmati sebarang elaun dalam tempoh itu.
“Ia termasuk dalam perbincangan kita, kita cuba buat setakat termampu,” katanya.
Terdahulu, Mujahid memuji program anjuran Kafa Pulau Pinang dan berharap ia menjadi contoh serta modul kepada Kafa di negeri lain.
“Ia satu program yang cukup baik dan boleh dijadikan contoh kepada Kafa negeri lain yang kini mempunyai hampir 30,000 guru dan sejuta murid di seluruh negara,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.