`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, March 31, 2020

Saiz bazar Ramadan di WP mungkin dikecilkan, kata menteri

Annuar Musa berkata, pengurusan bazar Ramadan perlu diubah suai tanpa membatalkannya kerana ia keperluan bagi penduduk di bandar.
PUTRAJAYA: Prosedur pengurusan bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan mulai tahun ini akan dipertingkat bagi mengelak orang ramai bersesak di gerai jualan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa.
Beliau berkata, pihaknya akan membuat penelitian lanjut bersama pihak berkaitan sebelum pengumuman dilakukan tidak lama lagi.
“Saya tidak mahu kerana Singapura atau pihak-pihak lain mengumumkan tiada bazar pada tahun ini, maka kita pun cakap tidak ada,” katanya sebelum meninjau kerja nyahcemar di bangunan kedai Presint 15 hari ini.
Beliau berkata, pengurusan bazar Ramadan perlu diubah suai tanpa membatalkannya, memandangkan ia merupakan keperluan terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar.
“Kita kena fikirkan keperluan masyarakat bandar yang tidak sempat memasak selepas habis bekerja.
“Saya mahu perkara ini dibuat penelitian kerana bazar Ramadan yang lazimnya besar dan luas yang dibuat sebelum ini besar kemungkinan kita tidak boleh lakukan lagi.”
Annuar berkata, kemungkinan bazar Ramadan tahun ini, sebagai contoh di tempat yang mempunyai hingga 50 gerai, mungkin hanya ada 10 gerai saja dan akan dijarakkan antara satu sama lain serta dibuka di banyak tempat.
“Yang pastinya sama ada perintah kawalan pergerakan (PKP) ini diteruskan atau tidak, kita tidak akan meneruskan cara lama yang boleh membawa kepada masalah kesihatan.
“Kita kena perbaiki kehidupan, kita jangan hanya disiplinkan diri sewaktu PKP, banyak perkara yang kita boleh belajar dan amalkan terus pada pasca PKP nanti.”
Kerajaan menguatkuasakan PKP mulai 18 Mac sehingga 14 April bagi mengekang penularan Covid-19. - FMT

1 comment:

  1. Annuar Musa ,Arahkan saja tutup semua bazaar Ramadhan .Umat Islam WP tak mati jika tiada bazaar.Tapi bolihlah mati jika terkena jangkitan virus covid19 .
    Cuma yang akan pening adalah PENJUAL2 PETAK / LOT Bazaar.Tiap2 tahun jadi DUIT Raya atas angin mereka .

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.