`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, March 30, 2020

Pihak yang bertanggungjawab jangan buat tak tahu.

Di sini ada dua petikan berita yang tidak baik. 


No. 1  Media Arab sindir penipuan halal hand sanitiser di Malaysia




some in Malaysia selling 'halal' hand sanitiser without alcohol 
halal hand sanitisers designed to appeal to Muslims
experts say they are useless as deep cleaning agent

medical experts insist alchohol an essential ingredient
alcohol-based 60%-95%  more successful at killing bacteria 

isopropyl alcohol and ethyl alcohol 

Islam prohibits consuming alchohol
use for cleaning is generally not

Alcohol destroys protein which houses coronavirus
important to protect against the virus

Hand sanitisers must have at least 60% alchohol to be effective 

Neuroscientist Dr Sumaiya Shaikh told people not to buy such products
halal, non-alcoholic hand sanitizers not effective
Please stop using religion to market pseudoscience

My comments : Rupanya ada pula usahawan produk halal yang rela menipu manusia untuk untung sedikit duit. Perbuatan mereka ini bukan saja sangat tidak bermoral tetapi membahayakan nyawa manusia - memandangkan virus korona boleh membawa maut. 

Sedihnya ada orang yang tidak peduli jika nama negara kita tercemar pada pandangan dunia. Sebelum ini kita juga ada mazhab 'Malu Apa Bossku' - yang telah  mengejutkan beruk dalam hutan sekali. 




Kes No 2.  Bomoh Afrika pun kalah.





'Perawat . . ' dakwa boleh kurung Covid-19 dalam botol

Seorang lelaki ..menjadi tumpuan selepas mengaku mampu menangkap virus penyebab Covid-19 dan mengurungnya dalam botol. 

"Saya telah menangkap dan mengurung (bukan selamanya) Convid-19 ke dalam botol."

Dalam video berkenaan, lelaki bergelar ustaz itu dilihat membaca . . terhadap seorang pesakit yang duduk di kerusi, sambil disaksikan beberapa individu lain. 


My comments :

Baru tadi saya mendapat berita kematian seorang kenalan akibat daripada virus korona. Orang yang meninggal itu sempat membuat rakaman menerusi handphone yang menunjukkan beliau amat sakit, berbatuk darah dan menangis kesedihan di wad ICU di hospital. Beliau meninggal petang tadi. Innalillaahi wa inna ilaihi raajiuun.


Di Itali virus korona boleh  membunuh 793 orang dalam sehari. Kadar kematian di Itali  sangat tinggi.




Tetapi pada masa seluruh dunia sedang bersedih, duduk dalam ketakutan, hidup dalam kesusahan dan sengsara  kita melihat pihak berkuasa yang sepatutnya bertanggungjawab atas agama pula tidak ambil tindakan, taichikan diri daripada mengambil tindakan, alihkan pandangan daripada melihat amalan khurafat dan perbuatan menipu manusia dengan memutarbelitkan 'agama'.

Mereka boleh taichikan tanggungjawab atas alasan ini bukan bidang kuasa mereka. Tetapi dulu pekerja wanita pula boleh ditahan pihak agama kerana majikan Cina-nya ia itu taukeh kedai buku menjual buku yang dianggap melanggar sensitif  puak agama. 

Bahawasanya mereka jmenadi bahan ketawa sudah jadi kelaziman. Pada pandangan manusia waras dan pada pandangan dunia luar. Tetapi kali ini pula ianya melibatkan wabak penyakit yang sangat merbahaya. Umat manusia menanggung risiko maut. 

Jangan main-main.  Ini bukan perkara yang remeh. 
Untuk menghalalkan gaji bulan ini sila ambil tindakan yang sewajarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.