`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, April 5, 2020

Banteras ‘tangan hitam’ ambil kesempatan naikkan harga barang, kata persatuan pengguna

Aktivis pengguna mendakwa, terdapat kedai runcit dan pasar raya berdepan masalah kekurangan bekalan barang keperluan dalam tempoh PKP.
PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) menyokong penuh langkah kerajaan untuk mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang sesuka hati ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
Presidennya, Jacob George berkata, tindakan itu tepat pada masanya selepas mendakwa wujud “tangan hitam” yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menaikkan harga barang yang penting ketika ini.
“Kita dapati sudah ada trend. Satu minggu telur tak cukup, selain roti dan kari jenama tertentu
“Ada ‘tangan hitam’ tidak hantar barang dan sengaja buat sesuatu untuk tangguhkan penghantaran bekalan yang diperlukan,” katanya kepada FMT.
Terdahulu hari ini, Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan mengingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang sesuka hati ketika tempoh PKP.
Ismail berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan membuat pemantauan menyeluruh di seluruh negara.
Jacob George
Dalam pada itu, Jacob mempersoalkan apakah pegawai kanan KPDNHEP dan agensi lain turun padang dan memantau keadaan sebenar di pasaran.
Beliau berkata, adakah pihak berkuasa hanya menunggu aduan dibuat oleh persatuan atau pengguna dan hanya mengambil tindakan selepas itu.
“Ini satu masalah kita. Mesti ada satu jawatankuasa khas untuk memastikan makanan dan barangan keperluan asas cukup.
“Tetapi sebaliknya, sebab ada kedai runcit dan pasar raya tidak cukup barang,” katanya.
Jacob meminta kerajaan mengambil tindakan dengan menyenarai hitam atau menarik balik lesen syarikat yang menjalankan kegiatan tidak bertanggungjawab sengaja tidak menghantar bekalan makanan.
Beliau berkata Cassa bersedia membantu kerajaan bagi membanteras kegiatan tidak bertanggungjawab itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.