`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, April 13, 2020

Bimbang dimarahi, remaja tinggal mayat teman wanita di garaj

Keadaan mayat remaja yang ditinggalkan kekasih di garaj kereta di rumahnya. (Gambar Facebook)
KUANTAN: Seorang remaja lelaki yang panik bertindak meninggalkan mayat kekasihnya di garaj rumah keluarga mangsa di Felda Keratong 10, Rompin, selepas mereka terlibat dalam kemalangan pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Rompin, Azari Miskon berkata mayat mangsa dijumpai datuk mangsa sekitar 10 pagi semalam, semasa hendak meletakkan kenderaan pacuan 4 roda miliknya di garaj itu.
Datuk mangsa difahamkan keluar daripada kenderaan untuk memeriksa “bungkusan” yang ditutup menggunakan kain pelekat, yang apabila dibuka, melihat cucu perempuannya berusia 17 tahun dalam keadaan berlumuran darah.
“Siasatan awal terhadap teman lelaki mangsa yang berusia 17 tahun mendakwa mereka keluar berjalan-jalan sekitar 3.30 pagi dengan menunggang sebuah motosikal sebelum terlanggar seekor kerbau di tengah jalan berhampiran kilang sawit Felda Keratong 3.
Teman lelaki mangsa mendakwa kemalangan itu menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri kerana parah di kepala dan paha manakala dirinya hanya cedera ringan di tangan dan kaki,” katanya kepada pemberita menerusi kenyataan media, hari ini.
Azari berkata teman lelaki mangsa yang tinggal di Felda Keratong 5 mendakwa membawa mangsa pulang dan terus beredar dari lokasi kejadian selepas meletakkan mangsa di situ kerana takut dimarahi keluarga mangsa.
Keluarga mangsa pula mendakwa mereka tidak menyedari kehilangan anak sulung daripada 4 beradik itu kerana beranggapan mangsa masih tidur di tingkat atas rumah berkenaan.
Katanya, remaja lelaki itu ditahan bagi siasatan lanjut dan mayat mangsa yang belum disahkan waktu kematian dihantar ke Hospital Muadzam Shah, Rompin untuk bedah siasat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.