`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, April 7, 2020

Jangan abai bantuan terhadap individu muflis

Kerajaan menyediakan dana tambahan PKS bagi membantu kesukaran yang dialami oleh industri tersebut susulan penularan pandemik Covid-19.
PETALING JAYA: Dewan Perdagangan Asean dan Industri berharap kerajaan tidak mengabaikan individu muflis untuk menerima bantuan yang Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin).
Timbalan Presidennya, Sohaimi Shahadan berkata golongan itu juga tidak terkecuali menghadapi situasi sukar akibat Covid-19.
“Ada kalangan yang muflis bukan disebabkan mereka sendiri, ada muflis kerana menjadi penjamin kepada orang lain, ada yang muflis kerana ditipu dan sebagainya.
“Tidak ada masalah jika kerajaan menyediakan satu inisiatif khusus terhadap golongan ini bagi membantu mereka dalam situasai sukar ini untuk memastikan semua pihak atas nama rakyat Malaysia dapat ‘bernafas’ ketika berdepan kesukaran akibat wabak Covid-19,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan pakej perihatin tambahan sebanyak RM10 bilion bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Dana tambahan itu dibuat bagi membantu kesukaran yang dialami oleh industri tersebut pada masa ini susulan penularan pandemik Covid-19.
Sohaimi berkata kerajaan juga perlu meminta Bank Negara Malaysia (BNM) memberi moratorium kepada peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman mereka secara berjadual.
Beliau berkata peminjam dalam kategori itu biasanya berdepan dengan masalah kewangan yang memungkinkan mereka berbuat demikian secara berdisiplin mengikut jadual, apatah lagi dengan situasai ekonomi semasa.
“Dalam situasai bencana Covid-19 ini, kumpulan ini juga sepatutnya boleh mendapat penangguhan bayaran balik pinjaman untuk melegakan ekonomi mereka buat seketika dan penjadualan semula bayaran wajar dilakukan selepas tempoh moratorium berakhir,” katanya.
Sohaimi juga berharap kerajaan segera menggerakkan projek kerajaaan yang dirancang bagi merancakkan ekonomi domestik termasuk peluang pekerjaan.
Katanya, dalam masa sama kerajaan perlu memecah monopoli penguasaan syarikat besar terhadap projek kerajaan supaya ia turut dapat dinikmati syarikat kecil bagi memberi talian hayat untuk memastikan ia terus beroperasi sekaligus mengurangkan pembuangan tenaga kerja. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.