`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, April 4, 2020

Jangan harap ekonomi pulih selagi Covid-19 masih merebak, kata Najib

Bekas perdana menteri, Najib Razak.
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menyarankan kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan saringan kesihatan secara besar-besaran dalam mendepani wabak Covid-19.
Beliau berkata, langkah itu perlu diambil bagi memastikan pemulihan ekonomi dapat dilakukan setelah wabak Covid-19 dapat diatasi.
“Hakikatnya yang perlu kita tekan kalau nak ekonomi kita pulih, virus ini mesti kita atasi, kalau virus ini masih menular di negara kita jangan harap ekonomi akan pulih, jadi itu syaratnya, tidak guna kita buat apa hari ini tapi virus ini masih terus menular.
“Selepas virus ini diatasi, kita buat langkah besar-besaran untuk pulihkan ekonomi,” katanya menerusi wawancara bertajuk ‘Covid-19 dan cabaran ekonomi’ oleh The Outlook.
Najib yang juga bekas menteri ekonomi berkata walaupun ia menelan belanja yang besar, langkah itu perlu dilakukan segera bagi memastikan penularan wabak maut itu diatasi.
“Memang langkah yang dilakukan kerajaan melalui KKM membawa kesan yang baik, namun pada pendapat saya ancaman ini masih kritikal.
“Sebab itu saya syorkan saringan mesti dilakukan berskala besar dan kita lihat Korea Selatan umpamanya dengan bilangan penduduk 51 juta tetapi mereka sudah buat 300,000 saringan skala besar dan kesannya mereka tidak perlu laksanakan kawalan ketat atau perintah berkurung sebab mereka sudah tahu siapa antara rakyat mereka dijangkiti virus.
“Di Malaysia saya cadangkan supaya ujian saringan dibuat secara skala besar dan dilakukan secara percuma walaupun kosnya RM300 hingga RM700 setiap kali kita buat saringan.
“Kalau saringan dibuat melibatkan 1 juta rakyat Malaysia, katakan lah anggaran belanjanya RM500 juta, tapi ekonomi Malaysia sekarang ini berada di tahap 1.4 trilion, dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nilainya bererti setiap hari kita menjana kekayaan RM3.8 bilion setiap hari.
“Tak kan kita tidak mampu buat saringan pada skala besar,” katanya.
Najib berkata, selain langkah saringan berskala besar, kerajaan juga perlu mewajibkan pemakaian topeng di kawasan berisiko.
“Seperti di pusat rawatan kesihatan, penggunaan pengangkutan awam, kita wajibkan rakyat pakai topeng.”
Tutup sempadan awal
Najib berkata jika pintu sempadan negara ditutup lebih awal ketika zaman Pakatan Harapan (PH) apabila wabak itu mula merebak, keadaan negara sekarang mungkin berbeza.
“Saya antara yang mula-mula sekali membuat saranan supaya sempadan ditutup, saya juga cadang dasar tanpa visa kepada pelancong China digantung seketika tapi cadangan saya tidak diterima kerajaan PH pada masa itu, perdana menteri pada waktu itu kata kita nak letak mana pelancong China, tak kan nak letak dalam kandang lembu dan sebagainya.

“Patut masa itu sudah buat langkah mengurangkan kemasukan pelancong seterusnya menutup sempadan, ini salah satu punca sebab ada pelawat datang ke Malaysia atau orang kita kembali dari luar negara dan dijangkiti Covid-19. Sebab itu kini ia kritikal,” katanya sambil memaklumkan sempadan negara perlu ditutup sehingga keadaan betul-betul pulih. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.