`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 9, 2020

KRITIKAN TERHADAP DATUK DR NOOR HISHAM OLEH DATUK DR MUSA: APA LAGI YANG BOLEH DIJANGKA DARI PEMUJA DAP?

Kamarul Yusoff
Kasihan rasanya kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, yang dikritik teruk oleh Datuk Dr Musa Nordin dalam satu laporan viral (dikongsi oleh lebih 25,000 pembaca) kerana kononnya gagal melengkapkan barisan depan perubatan Covid-19 dengan alat perlindungan sewajarnya, terperap di menara gading Putrajaya dan tidak turun ke padang melawat hospital-hospital.
Tidak ramai yang tahu bahawa Datuk Dr Musa Nordin ini, walaupun kelayakan profesionalnya tidak dipertikaikan, adalah pemimpin Muslim Professionals Forum (MPF) yang mendukung kuat Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini, dan semua ini boleh dibuktikan dengan melihat sendiri segala kenyataan media yang pernah beliau keluarkan sejak Mei 2018 hingga Mac 2020.

READ MORE HERE

Private Doctor Tells Noor Hisham And Team To Leave Their ‘Ivory Towers’, Says MoH Failed Frontliners

Experts Say No to Malaysia Lockdown

Datuk Dr Musa Nordin ini adalah pemuja DAP, kenyataan media beliau pada 2 Mac 2020 menyifatkan Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan sebagai “bertindak cemerlang” (“performed admirably”) dan “penyelamat” (“saviour”), dan beliau juga adalah pembenci dan penghina UMNO dan PAS dalam pelbagai kenyataan media beliau.

A Pyrrhic Victory for TSMY and Malaysia (Part I)

A Pyrrhic Victory for TSMY and Malaysia (Part II)

Lebih jauh daripada itu, Datuk Dr Musa Nordin juga tidak boleh menerima tindakan Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Azmin Ali serta penyokong mereka menubuhkan kerajaan baharu yang beliau istilahkan sebagai “kerajaan pintu belakang”, dan di dalam konteks inilah kritikan beliau terhadap Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan kerajaan sekarang perlu dilihat.
Malah, perlu diingat, tatkala desas-desus bertiup bahawa kerajaan mahu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, Datuk Dr Musa Nordin inilah antara pakar-pakar perubatan yang bersuara pada 16 Mac 2020 bagi menyatakan ketidaksetujuan mereka ke atas cadangan kerajaan ini, dan bayangkanlah apa yang boleh berlaku jika kata-kata Datuk Dr Musa Nordin ini diikuti.
Bertabahlah, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kerana di sebalik dedikasi, komitmen dan usaha keras lagi tulus anda untuk memulihkan negara dari pandemik Covid-19 ini, pasti sahaja orang seperti Datuk Dr Musa Nordin akan mencari kesalahan anda.

4 comments:

  1. pkp yg ada ni pon dh cukup bagus utk elakkan wabak ni dri tersebar..klu negara china boleh lakukan kenapa tidk negara kita..cuma diharapkan rakyat malaysia ni patuh arahan yg diberikan dlm tempoh pkp ni..klu xdipatuhi doktor bg ubat pon orng ni xnak makan..so rkyat mlaysia ..bersatu r kita perangi covid19 ni..jgn pentingkn dri sendri..ingat orng sekeliling kita..

    ReplyDelete
  2. Pkp buat setahun pun,virus ttp merebak. .yg penting langkah2 penjagaan social distancing...dan buat swab test ke seluruh pkerja2 awam atau swasta...cara begini akan kurg kan masalah ekonomi merundum...tahap kemiskinan merundum

    ReplyDelete
  3. Puak DAP memang mengkritik je kerja dia

    ReplyDelete
  4. Itu sifat manusia tak beriman suka cari kesalahan org lain

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.