Melalui laman sosialnya, Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin hari ini mengumumkan tentang kunjungan hormatnya terhadap Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Noraini Ahmad di Putrajaya.
Tujuh tahun sebelum ini, Khaled pernah menjadi Menteri Pengajian Tinggi sebelum ditukarkan menjadi Menteri Besar Johor pada 2013.
Beliau menjadi Menteri Besar Johor hingga 2018 sebelum tewas pada PRU14 yang lalu.
Sebelum itu, pada 17 April lalu, Khaled turut mengumumkan tentang pertemuannya dengan Menteri Besar Johor, Hasni Mohamed di Saujana, Johor Bahru.
Menurutnya, dalam pertemuan itu, beliau bertukar-tukar fikiran dengan Hasni mengenai usaha mewujudkan pelan pemulihan ekonomi oleh kerajaan negeri.
Jika kunjungan Khaled ke Kementerian Pengajian Tinggi disebutnya kerana itu adalah pejabat lamanya sebelum ini, kunjungan beliau ke Saujana iaitu kediaman rasmi Menteri Besar Johor pula adalah disebabkan di situlah rumah rasminya sewaktu mengetuai kerajaan negeri Johor antara 2013 hingga 2018 lalu.
Makna kata, kedua-dua kunjungan Khaled iaitu ke Saujana dan Kementerian Pengajian Tinggi adalah sesuatu yang nostalgia bagi dirinya.
Tetapi, tidakkah dengan melakukan perjalanan rentas negeri, Khaled sebenarnya telah ingkar PKP?
Pentingkah sangatkah dalam tempoh PKP ini beliau ke sana ke sini melakukan kunjungan rentas negeri itu?
Jika ramai pemimpin dalam kerajaan sendiri tidak ke mana-mana dalam tempoh PKP ini, apa begitu mustahakkah untuk beliau yang sekadar menjadi Naib Presiden UMNO tidak boleh duduk diam-diam di rumah?
Malah Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO pun tidak ke mana-mana dalam tempoh PKP ini.
Sebelum ini, beberapa pemimpin UMNO turut dikesan melanggar PKP dan diviralkan melalui media sosial, antaranya Pengerusi UMNO Terengganu, Ahmad Said dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Abdul Rahman Mohamad.
Lebih daripada itu, kalau dalam kes Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Nor Azmi Ghazali yang didapati makan beramai-ramai dalam satu majlis di Lenggong bersama Exco Perak, Khaled turut mengecam mereka dengan membandingkan keadaan di luar negara di mana pemimpinnya akan meletaklan jawatan, apa agaknya nasihat beliau kali ini untuk dirinya sendiri?
Tidakkah sebagai pemimpin kanan UMNO, Khaled juga harus menunjukkan kepimpinan melalui teladan dan tidak memberi gambaran seolah-olah ada dua undang-undang berbeza antara pemimpin dan rakyat biasa?
-https://shahbudindotcom.net/
Tak habih habih nak komen
ReplyDeleteTak ada apa lagi nak kutip but to scrap the empty barrel to demonise !
ReplyDeleteOrang kayangan lain
ReplyDelete