`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, April 19, 2020

Polis kesan wanita dakwa guna ‘kabel’ KPN untuk balik kampung

Seorang wanita menghantar sekeping gambar menunjukkan beliau berada di Genting Sempah, kononnya semasa dalam perjalanan ke Kuantan.
KUANTAN: Polis berjaya mengesan seorang wanita yang mendakwa dirinya menggunakan “kabel ketua polis negara” (KPN) untuk mendapatkan kebenaran pulang ke Kuantan, yang tular di laman sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Pahang Abd Jalil Hassan berkata, wanita berusia 30-an dan bekerja di Kuala Lumpur itu juga diambil rakaman percakapannya oleh Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, semalam.
“Wanita itu mendakwa dia tidak berniat untuk menggunakan nama KPN, namun berbuat demikian kerana amat tertekan dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) sehingga mengada-adakan cerita.
“Kita juga sedang menyiasat bagaimana dia boleh terlepas pulang ke rumah orang tuanya di sini pada 12 April lalu tanpa alasan kukuh bagi melakukan pergerakan dalam tempoh PKP,” katanya semasa dihubungi hari ini.
Semalam, Abdul Hamid menegaskan beliau tidak pernah dihubungi atau memberikan keistimewaan kepada mana-mana individu untuk melakukan perjalanan tidak wajar sepanjang pelaksanaan PKP. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.