`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 16, 2020

Putrajaya saran Majlis Agama Negeri batal Ujian Kafa

Mohd Radzi Md Jidin berkata, KPM sudah berbincang dengan semua Majlis Agama Negeri mengenai kepentingan semua negeri mengambil langkah sama untuk membatalkan Ujian Kafa demi keselamatan pelajar. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA: Semua Majlis Agama Negeri disaran membatalkan Ujian Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) selaras keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) membatalkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Menteri Pendidikan, Mohd Radzi Md Jidin berkata, KPM sudah berbincang dengan semua Majlis Agama Negeri mengenai pembatalan peperiksaan itu dengan mengambil kira keselamatan murid.
“Saya sudah berbincang dengan semua Majlis Agama Negeri berkaitan ujian Kafa dan sebagainya, kita tekankan negeri-negeri secara umumnya mengambil langkah sama.
“Apa yang penting adalah keselamatan anak-anak, mereka masih kecil dan tempoh pengajian masih jauh lagi,” katanya pada sidang media semalam.
Radzi berkata, lebih 450,000 pelajar UPSR tahun ini ialah jumlah besar dan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.
Susulan itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagi menyampaikan saranan itu agar selaras keputusan KPM.
Mengenai kelas pra-sekolah di bawah KPM, Radzi berkata, ia juga perlu ditangguhkan sehingga keselamatan pelajar terjamin.
“Fokus kita adalah kepada pelajar yang mudah dikawal guru. Cabaran utama di tadika adalah melakukan penjarakan sosial (dalam kalangan pelajar tadika).

“Apabila sekolah dibuka (selepas PKP), yang pergi ke sekolah dahulu adalah tingkatan 5 dan 6,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.