`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, April 17, 2020

Tiada pihak tertinggal terima bantuan, kata Rina Harun

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun berkata, lebih 260,000 bakul makanan dan pelbagai bantuan lain disalurkan sejak PKP fasa pertama dilaksanakan.
KAJANG: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata, tidak ada pihak yang dilupakan atau tertinggal dalam mendapat bantuan sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Menterinya, Rina Mohd Harun berkata, sudah lebih 260,000 bakul makanan dan pelbagai bantuan lain disalurkan sejak PKP fasa pertama dilaksanakan.
“Agihan dilakukan melalui 108 pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh Malaysia,” katanya kepada media selepas menyampaikan bantuan kepada penghuni Pertubuhan Kebajikan Al-Fattah di Semenyih dekat sini hari ini.
Rina mengulas mengenai kenyataan ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh yang mendakwa terdapat sekurang-kurangnya 54 kawasan Parlimen pembangkang yang masih belum menerima sebarang bantuan daripada JKM.
“Saya ada nampak juga kenyataan ahli Parlimen itu yang dekat Seremban, Negeri Sembilan kosong (tiada bantuan disalurkan) sedangkan baru saja saya lakukan agihan di Seremban,” kata Rina.
Seramai 12 penghuni Pertubuhan Kebajikan Al-Fattah menerima sumbangan selepas hampir terputus bekalan makanan akibat PKP.
“Bukan di sini saja, malah terdapat beberapa lagi pusat kebajikan yang hampir terputus bekalan makanan kerana sebelum ini mereka mendapat bantuan daripada badan bukan kerajaan, individu atau syarikat.
“Kita faham, dengan PKP ini pihak pemberi bantuan alami kekangan untuk menyumbang dan tentang situasi ini, kita bantu dengan menyalurkan peruntukan,” katanya.
Antara sumbangan adalah penutup hidung dan mulut, barangan keperluan diri, 2 unit kerusi roda dan alat pemeriksaan tekanan darah tinggi.
Di samping itu, mereka turut menerima sumbangan daripada inisiatif Geran Rangsum sebanyak RM8,200 sebagai bantuan kepada pusat jagaan menyediakan makanan bagi penghuninya sepanjang tempoh PKP. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.