`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, July 12, 2020

KPDNHEP buka 8 kertas siasatan berkait kenaikan harga ayam

KPDNHEP berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan selepas menerima aduan orang ramai berhubung kenaikan harga ayam di pasar basah awam untuk mengenal pasti peringkat rantaian pembekalan yang memulakan punca kenaikan itu serta mengesan jika wujud aktiviti pencatutan.
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuka 8 kertas siasatan ke atas peniaga ayam disyaki melakukan kesalahan mencatut.
Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Iskandar Halim Sulaiman berkata ia membabitkan 4 peruncit di pasar awam di Melaka serta 4 pemborong, iaitu satu di Melaka dan 3 di Kuala Lumpur.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.
Beliau berkata, susulan aduan orang ramai berhubung kenaikan harga ayam di pasar basah awam, Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP melaksanakan pemeriksaan untuk mengenal pasti peringkat rantaian pembekalan yang memulakan punca kenaikan itu serta mengesan jika wujud aktiviti pencatutan.
“Secara keseluruhannya sehingga 30 Jun lepas, 353 premis yang terdiri daripada 280 peruncit, 50 pemborong dan 23 pengeluar/penternak ayam sudah diperiksa.

“Berdasarkan jumlah pemeriksaan tersebut, 310 premis dikemukakan notis di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011 bagi mendapatkan maklumat kenaikan harga,” katanya dalam kenyataan semalam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.