`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, August 24, 2020

Raub Land Forfeiture - Cameron Highlands Farmers Better Be Advised.

Tuan-tuan jangan lupa baca komen saya di hujung.
The Raub Musang King durian trees forfeiture continues. This is is from The Malay Mail here.




durian farmers alleged being pressed into exploitative contract 
require them to pay ‘rent’ of RM6,000 per acre for this year
an additional levy of up to RM20,000 per acre 
Farmers claimed being driven into “modern slavery” 
through contract with JV between govt and royal family
farmers stated they constantly applied for land titles, licences through channels 
but were not granted such papers from state government
claimed offered “exploitative and unequal” contract with RPDP-PKPP
state govt announced they occupied land without permit 
would lease to this company to “legalise” the land.
RPDP-PKPP JV between Pahang royalty-linked RPD Group and state PKPP
state govt on June 24 awarded RPDP-PKPP 30 yr lease on 5,357 acres in Raub 
JV partners allege durian farmers illegally using the land
Samka detailed the contract
farmers to pay levy of RM6,000 per acre 
RM60,000 levy for durian farmer with 10 acres 
“Unfortunately, in the name of ‘legalising the land’, the private corporation can easily carve up the fruits of farmers’ labour without hard work while completely disregarding the efforts and costs put in by the farmers,” Samka said when commenting on the RM6,000 levy per acre for the year 2020.
Asserting average market price is RM45 per kg for Grade A Musang King 
Samka said contract would from 2021 - 2022 buy durians at RM30 per kg 
JV will pay farmers RM40 per kg
yet RM10 deducted for land levy
If 1 acre has 2,000kg fruits, rent will be RM20,000 per acre
10 acres levy RM200,000 every year,” Samka said 
contrasted with current levy of RM50 per acre imposed by state govt 
Samka said contract requires farmers to sell fixed amount of durians to JV
farmers barred from trading freely or saving them to be shared with family 
entry permit required for farmers to go to their durian farms
Also farmers could be forced to make reparations if they stop farming
personal freedom, property and fruits of labour controlled by JV
leaving farmers to be ‘modern slaves’ under JV, Samka claimed.
Samka ready to take matter to court 
plans to ask court to issue injunction to stop state govt and JV 
RPDG explained scheme would avert potential disaster for durian industry
(OSTB :  Err . . .how exactly?)
RPDG spokesman reportedly highlighted China only allows the import of Malaysian durians from Malaysian Good Agricultural Practices (MyGAP)-certified farms, while illegal farms could not obtain such certification due to the lack of land titles.
(OSTB : Who said so? Why worry about China - a foreign power. Maybe the Raub farmers dont want to sell to China. They want to sell in Malaysia, for the Malaysian market. Or in Singapore. Or anywhere else they choose. This is a free country.  But RPDG also only has a 30 year lease. A lease is not a land title. What is the difference? But why not directly give the farmers a 30 year lease? Then they can get that MyGAP certification directly and sell to China, Russia, Botswana, Finland, Canada etc. International lah.
The Edge stated farmers to pay RM6,000 / acre for land usage costs and to sell durians 
The Edge reported RM40 per kg for Grade A Musang King for 2021 and 2022
for first 2,000kg durians per acre 
receive RM30 per kg while legalisation levy of RM10 per kg go to JV
full RM40 per kg go to the farmer for excess beyond first 2,000 kg per acre.
My comments :
Sila lihat video berikut yang baru viral hari ini.




Video ini dipercayai dirakamkan di salah sebuah dusun durian Musang King di Raub. Orang yang bercakap itu rasa kecewa dan resah kerana terpaksa serahkan dusunnya kepada orang lain. Dia lebih rela tebang dusun duriannya daripada diberi kepada orang lain. Dia juga kata biar orang lain itu tanam pokok durian mereka sendiri. 
Saya masih ingat melawat Raub, Pahang buat kali pertama bila berumur sekitar enam tahun (pada 1966). Masa itu jalan dari Ipoh ke Raub melalui Fraser's Hill. Pada masa itu belum ada lagi kawasan Felda yang besar.   Keadaan sekitar semuanya hutan belaka. Saya masih ingat melihat seekor ular sawa yang besar berada di atas jalan dekat The Gap.  
Walaupun demikian keadaan di Pahang ramai petani Cina telah mula menanam sayur dan petani India pula menanam pokok daun teh (tea plantation) di Cameron Highlands. Farmer Cina yang lain juga sudah mula menanam durian di Raub.
Saya rasa ramai daripada mereka memang tidak mempunyai geran tanah. Bagaimanapun mereka berusaha dengan gigih dan daripada hasil usaha mereka semua rakyat negara kita boleh beli sayur di pasar, minum teh di warong atau di rumah dan juga makan buah durian.  Kita patut berterima kasih kasih kepada semua petani di Cameron Highlands dan Pahang atas sumbangan mereka menjadi pembekal barang makanan dan minuman bagi penduduk negara kita sejak berpuluh-puluh tahun.
Farmer Musang King di Raub pun sudah jadi famous di pasaran antarabangsa seperti Singapura, Macao, Hong Kong dan China sebab pembeli di negara asing itu sudah tahu wangi harum durian Musang King dari Raub.  Ini adalah satu pencapaian yang ulung bagi negara kita Malaysia.  
Ramai daripada farmer itu memang telah memohon geran tanah, tanah TOL, tanah leasehold dsbnya daripada kerajaan negeri Pahang. Tetapi jelas sekali sampai hari ini permohonan mereka itu tidak berjaya - walaupun mereka telah meneroka bukit dan hutan selama berpuluh tahun untuk menanam durian.
Jadi kita perlu ucapkan tahniah yang besar kepada syarikat JV antara kerajaan negeri dan syarikat swasta yang telah dianugerahkan leasehold 30 tahun atas tanah yang telah diusahakan oleh orang lain itu. Tahniah kepada syarikat JV kerana boleh mendapat leasehold 30 tahun secara cepat kilat.
Kita perlu ucapkan tahniah yang besar kepada syarikat JV kerana mereka dapat leasehold 30 tahun tanpa usahakan se-ekar pun daripada 5,357 ekar tanah dusun Musang King di Raub itu.    Syabas dan tahniah.
Saya harap satu hari nanti syarikat JV ini boleh menulis sebuah buku untuk merakamkan rahsia 'business success' mereka.
Berbalik kepada farmer itu pula, video di atas jelas menunjukkan mereka rasa tertekan dan di zalimi. Maka mereka lebih rela melihat hasil usaha mereka ditebang dan menjadi hancur sahaja. 
Walaupun mereka adalah farmer atau petani dusun durian tetapi mereka juga faham bagaimana cara mengira untung rugi (profit and loss). 
Jika mereka sanggup tebang dusun durian yang diusahakan sendiri maksudnya mereka tidak mengharapkan untung daripada hasil usaha mereka lagi.
Jadi kemungkinan besar ramai daripada petani yang usahakan lebih 5,357 ekar dusun Musang King di Raub itu akan menolak untuk menjadi "slave" kepada syarikat JV itu. 
Jadi kemungkinan besar pengeluaran durian Musang King dari kawasan Raub akan terjejas.
Sekarang mari kita buat sedikit kira-kira.
Kawasan yang terlibat meliputi 5,357 ekar di Raub. 
Setiap ekar dijangka boleh menghasilkan 2000 kg (atau dua tan metric) durian Musang King.
Setiap kilo Musang King dibeli dengan harga RM40. (Harga jualan antara RM38 - RM60 se kilo mengikut musim). Harga ekspot lagi tinggi sebab ia melibatkan kos air freight, inspection, refrigeration, lojistics dsbnya.
Tapi kita gunakan harga RM40 se kilo sahaja.
5357 ekar x 2000 kg/ekar = 10,714,000 kg Musang King setiap musim. 
Atau 10,714 metric tonne Musang King setiap musim.
Pada harga 'borong' satu kilo = RM40 jumlah nilai jualan (sales value) adalah RM428,560,000 (RM428.56 Juta) setiap musim durian. 
Maksudnya syarikat JV itu akan jadi kaya raya secara overnight. Tanpa menanam, menyiram, membaja atau menjaga sebatang pokok durian pun atas tanah 5,357 ekar itu syarikat JV itu bakal "menikmati" bisnes bernilai RM428.56 Juta.   Tahniah. Tahniah.
Tetapi apa pula yang akan berlaku jika petani dusun Musang King mengalami kerugian, mereka merasai dizalimi dan merasa tekanan akibat kontrak dengan syarikat JV itu? Dan mereka enggan menjaga dusun Musang King  lagi. 
  • Apakah syarikat JV itu boleh usahakan 5,357 ekar dusun Musang King dengan sendiri? 
  • Belanja memotong rumput dan menebas lalang saja akan perlukan puluhan juta Ringgit. 
  • Baja pokok durian juga akan perlukan berpuluh juta Ringgit.  
  • Belum termasuk angkatan tentera pekerja untuk bersihkan dusun, kutip buah durian, angkut atas lori, hantar ke pusat pengumpulan dsbnya. 
  • Belum termasuk kos beratus lori dan traktor yang perlu untuk menjaga 5,357 ekar tanah dusun.

Sekiranya JV itu gagal, ia akan menjejaskan durian economy atau "pengeluaran ekonomi durian" bernilai RM428 Juta atau lebih bagi setiap musim durian bagi kawasan Raub sahaja. Atau hampir RM1.0 bilion bagi dua musim buah durian (setahun) bagi kawasan Raub sahaja.
Dalam keadaan di mana ekonomi negara kita sekarang sudah kronik dan tenat, di mana GDP growth dijangka akan mengecut atau shrink, di mana pengangguran menghampiri 15% atau DUA JUTA orang menganggur, usahasama syarikat JV di Raub itu tidak membantu mengurangkan risiko yang dihadapi ekonomi negara.
Jika petani Musang King di Raub diusir dari dusun durian yang mereka telah usahakan selama berpuluh tahun industri durian Musang King di Raub boleh gagal.
Bukan maksud saya bahawa semua ini mesti dan pasti akan berlaku.
Tetapi melihat kepada bantahan oleh petani dusun di Raub (yang nampak sahih juga) maka possibility atau kemungkinan  'skim durian runtuh' ini akan gagal memang kelihatan "real". If the farmers refuse the deal, there is a real possibility this scheme will fail.
Kalau begitu penjual baja pokok durian akan tutup kedai. Pekerja kilang baja dan pekerja kedai jual baja akan hilang pekerjaan.
Bebudak yang ambil kontrak potong rumput, tebas lalang dan korek parit di kebun durian akan hilang kontrak dan sumber pendapatan. Mereka pun akan menganggur.
Pemandu lori dan traktor yang kerja kontrak dengan dusun Musang King di Raub juga akan terjejas. 
Dan ekspot durian Musang King ke Singapura, Macao, China dsbnya yang bernilai beratus juta Ringgit setiap tahun akan juga terjejas.  Nilai matawang Ringgit juga boleh menurun terkena tempias jika ekspot Musang King terjejas.
Kalaulah skim durian ini memberi kesan buruk kepada ekonomi Musang King di Raub maka jangan terasa terlalu terkejut jika bilangan pengangguran negara (unemployment) meningkat. Atau pertumbuhan ekonomi negara (GDP) masih lemah.
Ingat Tuan-tuan the headbone is connected to the neckbone which is connected to the backbone which is connected to the hip bone dsbnya. Semuanya connected.
Akhir kalam jika syarikat JV ini boleh meneruskan skim mengambil alih dusun durian seperti ini maka di kawasan lain seperti di Cameron Highlands pun terdapat banyak kawasan ladang dan kebun yang menduduki tanah TOL atau pun tanpa TOL. Tanah yang subur dan sudah ditanam strawberry, ladang daun teh (tea plantation), sayur, buah-buahan, bunga dsbnya.
Mungkin idea JV ini akan berjangkit ke Cameron Highlands sekali. 
Anything is possible.   

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.