`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, September 30, 2020

Ahli Parlimen Warisan, Liew Vui Keong, Dalam Koma

 

(Utusan) – Ahli Parlimen Parti Warisan Sabah (Warisan) Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong disahkan koma dipercayai akibat jangkitan radang paru-paru.

Perkara itu disahkan oleh salah seorang pegawainya kepada Utusan Malaysia.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana tiada perkembangan terbaru yang diterimanya setakat ini.

“Ya,” katanya ringkas ketika ditanya apakah Vui Keong kini berada dalam keadaan koma.

Difahamkan, Vui Keong dimasukkan ke Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu, Sabah selepas mendapat jangkitan radang paru-paru.

Kakitangan itu berkata, Vui Keong yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) sempat berkempen ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, baru-baru ini.

“Namun pada akhir-akhir tempoh berkempen, YB (Yang Berormat) sudah mula sakit dan saya tidak lagi mendengar perkembangan terbaru sebab YB berada di Batu Sapi. Saya pula jaga Penampang, ia jauh seperti utara dan selatan.

“Saya pun tidak mahu ulas panjang tentang perkara ini, sebab lebih baik isteri beliau sendiri yang bercakap mengenainya,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Vui Keong merampas kerusi Parlimen Batu Sapi di bawah tiket Warisan daripada calon Parti Bersatu Sabah, Datuk Linda Tsen Thau Lin dengan majoriti 4,619 undi.

Vui Keong adalah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam kerajaan terdahulu ketika di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri ,Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kabinet bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2009 hingga 2013.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) sejak 2006 hingga 2014 itu menjadi Ahli Parlimen Sandakan selepas menang dalam pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-121 atas tiket Barisan Nasional (BN), namun usahanya untuk mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 gagal setelah tewas kepada calon DA, Stephen Wong Tien Fatt.

Kareer politiknya bertambah buruk pada 2014 apabila tersepit dalam kemelut perebutan jawatan presiden LDP yang merupakan parti komponen BN ketika itu, apabila Datuk Teo Chee Kang dipilih untuk memimpin parti berkenaan selepas Vui Keong mengambil alih tampuk kepimpinan parti daripada Tan Sri Chong Kah Kiat pada 2006.

Namun,Vui Keong mendapat semangat dan talian hayat baharu dalam karier politiknya dengan meninggalkan LDP dan memilih untuk bersama Warisan pimpinan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.