`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, January 11, 2021

‘Lulus pinjaman’ RM5,000, rugi RM25,000

 

ALOR SETAR: Seorang ibu tunggal mengalami kerugian lebih RM25,000 selepas ditipu Selasa lepas, kononnya perlu membuat pelbagai pembayaran selepas permohonannya bagi mendapatkan pinjaman RM5,000 diluluskan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah Supt Elias Omar berkata kerani di Langkawi berumur 38 tahun itu pada mulanya menerima panggilan kononnya daripada pengurus sebuah syarikat pinjaman wang.

Beliau berkata selepas mengisi beberapa butiran peribadi di satu pautan yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp, wanita itu kemudiannya menerima pesanan WhatsApp daripada suspek yang memberitahu bahawa pinjamannya telah diluluskan sebanyak RM5,000.

Bagaimanapun menurutnya wanita itu dikatakan perlu membuat beberapa bayaran, antaranya bayaran kelulusan pinjaman, cukai jualan dan perkhidmatan (SST), bayaran menggenapkan akaun dan bayaran insurans bagi mendapatkan pinjaman berkenaan.

“Wanita itu telah membuat pindahan wang secara dalam talian berjumlah RM25,464 kepada empat akaun yang berbeza secara berperingkat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Elias berkata wanita itu membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Teriang, Langkawi pada hari Jumaat lepas kerana terasa ditipu, dan beliau seterusnya mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan sebarang bentuk iklan pinjaman wang di media sosial. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.