`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, February 15, 2021

Anggota polis kes ‘angkat baju, kalau tak, saya saman,’ dipindah tugasan lain, siasatan berjalan

 

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Zamri Yahya berkata anggota terbabit buat masa ini ditugaskan di bahagian pentadbiran.

KUALA LUMPUR: Anggota polis yang dikatakan mengugut untuk menyaman seorang wanita jika dia tidak ‘angkat baju,’ sudah dikeluarkan daripada penugasan sekatan jalan raya (SJR).

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Zamri Yahya berkata tindakan lanjut akan diambil terhadap anggota polis berkenaan.

“Tindakan awal yang diambil adalah mengeluarkan anggota polis terlibat kes ini daripada penugasan SJR (tetapi) tidak digantung tugas,” katanya.

Beliau berkata suspek ketika ini sedang melakukan penugasan di bahagian pentadbiran sementara siasatan kes berjalan.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Zamri Yahya.

Sabtu lalu, seorang wanita membuat laporan polis mendakwa dia mangsa gangguan seksual seorang anggota polis ketika melalui sekatan jalan raya di Jalan Duta.

Wanita berusia 24 tahun itu berkata anggota polis itu memintanya mengangkat blaus dipakainya jika tidak mahu dikenakan saman.

“Pada masa itu, saya lupa membawa lesen saya,” katanya menerusi bebenang di Twitternya bagi memperincikan kejadian itu.

Wanita itu berkata, dia terkejut dengan kejadian itu, sambil menambah polis sepatutnya melindungi rakyat, bukannya mengganggu mereka.

“Saya tidak hanya diganggu secara seksual, tetapi dipaksa memberikannya nombor (telefon) saya. Saya diugut dengan saman sekiranya tidak patuh. Itu adalah penyalahgunaan kuasa,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.