My comments:
Hadi kata rasuah tidak termasuk dalam hudud Pas. Nauzubillah.
Hadi kata rasuah adalah 'mengambil harta secara sukarela' !! Nauzubillah.
Hadi tidak tahu menahu ajaran ayat al Quran :
"Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan sebahagian dari harta manusia dengan secara berdosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)"
wa laa - and do not
takuulu - eat / consume
amwaa-lakum - your wealth
bayna-kum - amongst you
bil baathili - with injustice / wrongly
wa tudluu - and extend it
ila AL HUKAAMI - to the judges (hakim)
lita'kulu fareeqan - so that you can eat a portion
min amwaali naas - from the people's wealth
bil ithmi - with deceit / in sin
wa antum - and while you
ta'lamuun - you know
Al Quran tidak sebut pun rasuah itu adalah mengambil harta secara sukarela !!
Sukarela ? Kalau dia ambil harta bapak dia secara sukarela kita peduli apa?
Tetapi yang dia ambil itu bukan harta bapak dia.
Yang dia ambil itu harta duit rakyat.
Sukarela kepala hotak apa?
Kalau orang politik nak "mengambil duit rakyat" dia buatlah projek besar-besar, yang harga projek sengaja berlipat kali ganda.
Jalan kampung 10 kilometer dia letak harga berpuluh juta Ringgit. Pada hal boleh siap berapa juta Ringgit sahaja.
Duit lebih itu dia bagi rasuah kepada pemimpin politik, pemimpin yang rasuah yang bantu "lulus" bayaran projek.
Itu bukan "mengambil harta secara sukarela".
Itu adalah mencuri duit rakyat dengan guna kaedah rasuah.
Itu adalah perbuatan mencuri atau merompak juga tetapi tanpa guna senjata api, tanpa guna parang atau pisau.
Cuma kaedahnya lain - rasuah, CBT, salahguna kuasa, menipu white collar crime dsbnya.
Tetapi tetap mencuri juga.
Dulu Tin Sadin kata Baginda Nabi besar kita adalah Mat Kampong.
Saya melihat depa ini taraf Mat Tepi Jalan.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.