`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, February 15, 2021

Lulus perjawatan baharu petugas untuk perkukuh sistem kesihatan, kata Tok Mat

 

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata, sistem kesihatan perlu ditambah baik kerana wabak Covid-19 dijangka berterusan sehingga 2024.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, menggesa sistem kesihatan terus ditambah baik susulan beberapa penelitian pakar perubatan dunia yang menjangka wabak Covid-19 akan berterusan sehingga 2024.

Mohamad berkata, Malaysia perlu mengambil pendekatan siap siaga terhadap senario ini dan sektor perkhidmatan kesihatan perlu diperkasa tanpa berlengah.

Katanya, salah satu caranya adalah dengan meluluskan perjawatan baharu untuk jawatan tambahan yang dikemukakan pada Oktober tahun lalu.

“Petugas kesihatan kontrak dan sambilan yang sedang berkhidmat wajar ditawarkan jawatan tetap dengan kadar segera.

“Mereka sudah berkhidmat pada waktu sukar dan pengalaman mereka sebagai petugas barisan depan sangat berharga untuk memperkuatkan sistem kesihatan awam kita,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad berkata petugas kesihatan kontrak dan sambilan melaksanakan tugas patriotik walaupun tanpa jaminan pekerjaan tetap.

“Justeru menyerapkan mereka ke perjawatan tetap adalah sangat bertepatan dengan kompetensi, jasa, dan sumbangan,” katanya.

Tambah Mohamed, sukarelawan yang terdiri daripada pesara dan pelbagai segmen masyarakat lain perlu terus dilatih dan berada dalam pangkalan data Kementerian Kesihatan (KKM) supaya mereka boleh dimobilisasi segera apabila keadaan genting dan kritikal.

“Sistem kesihatan kita berfungsi dengan baik di sebalik segala tekanan luar jangkaan kerana merebaknya wabak Covid-19 ini.

“Semua ini kerana dedikasi dan kerja keras semua petugas kesihatan, sama ada tetap, kontrak dan sukarelawan. Sumbangan mereka sangat luar biasa,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.