`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, February 14, 2021

Najib jangka dividen KWSP tahun ini lebih tinggi daripada ASB susulan keputusan benar pelaburan di AS

 

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata, sebagai ekonomi terbesar dunia, sudah tentu AS merupakan antara destinasi pelaburan luar negara terbesar KWSP.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak bertanya sama ada keputusan beliau menyokong pelaburan di Amerika Syarikat masih dianggap bodoh sekiranya ia memberi impak baik kepada dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau bertanya soalan itu, sekali gus menjangka dividen KWSP tahun ini mungkin sama atau lebih tinggi berbanding dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 4.25% yang diumumkan beberapa bulan lepas hasil tindakannya sebelum ini.

“Adakah Najib bodoh sebab telah selamatkan ekonomi negara daripada tindakan sekatan perdagangan AS dan juga memastikan ahli KWSP dapat menikmati kadar dividen yang lebih tinggi,” katanya di Facebooknya.

Najib juga menjangka KWSP akan dapat menjelaskan dividen tahun 2020 kerana diselamatkan oleh pelaburan di luar negara yang memberi pulangan yang jauh lebih besar berbanding pelaburan domestik.

Najib juga menyelar pembangkang yang membidasnya sebelum ini berhubung isu pelaburan KWSP di AS.

Beliau berkata, terdapat dua pertimbangan yang difikrkannya ketika membuat keputusan itu, antaranya ialah untuk mengelak Malaysia daripada dijadikan sasaran oleh bekas presiden AS, Donald Trump dalam perang perdagangan yang dilancarkannya.

“Walaupun isu ini dipermainkan cukup hebat oleh Pakatan Harapan (PH) pada masa itu kononnya ‘Najib bodoh’ atau ‘Najib jual negara’.

“Akhirnya kerajaan Barisan Nasional (BN) pada masa saya (menjadi) perdana menteri berjaya sebab AS tak teruskan dengan dakwaan tersebut dan tidak mengambil langkah menyekat eksport Malaysia kepada mereka,” katanya.

Bagaimanapun Najib berkata, malangnya kerajaan PH dan Perikatan Nasional (PN) tidak menjaga hubungan dua negara itu dan akhirnya Malaysia disenaraikan secara ramsi sebagai “negara penipu” oleh AS pada Mei 2019.

“Akibatnya pelbagai sekatan Amerika Syarikat dikenakan terhadap syarikat Malaysia seperti syarikat pembuat sarung tangan serta syarikat FGV Holdings Berhad (FGV) dan Sime Darby sejak tahun lepas.

“Masa saya perdana menteri tidak berlaku sebarang sekatan macam ini,” katanya.

Najib juga berkata, KWSP juga sudah lama melabur di AS sejak lebih sepuluh tahun dahulu.

Katanya, banyak pihak tidak sedar bahawa saiz jumlah aset KWSP adalah sangat besar berbanding saiz ekonomi tempatan.

“Sebagai ekonomi terbesar di dunia, sudah tentu AS merupakan antara destinasi pelaburan luar negara terbesar bagi KWSP.

“Inilah yang sedikit-sebanyak menyelamatkan kadar dividen KWSP pada tahun 2018 dan 2019 apabila PH jahanamkan ekonomi negara sehingga pasaran saham jatuh menjadi paling corot dalam dunia,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.