`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, February 14, 2021

Tular selongkar sampah cari makan, ibu 4 anak ditahan ‘lalok’ pil kuda

 

AADK Tumpat menahan ibu kepada empat cahaya mata berusia 36 tahun bersama adik lelakinya berusia 34 tahun dalam serbuan 8.30 pagi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang wanita yang sebelum ini tular menyelongkar tong sampah bersama anaknya ditahan dalam keadaan khayal oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di rumahnya di Kampung Baru Nelayan, Tumpat, Kelantan.

Dalam serbuan 8.30 pagi itu, AADK menahan ibu kepada empat cahaya mata berusia 36 tahun bersama adik lelakinya berusia 34 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, wanita itu mengaku mengambil bahan terlarang akibat tertekan dengan kesempitan hidup selepas ditinggalkan suami kira-kira dua tahun lalu, malah wang hasil jualan besi buruk diselongkar dalam tong sampah digunakan untuk membeli pil kuda.

“Saya mengaku sudah lama mengambil pil kuda, tetapi berhenti sejak mengandung anak bongsu lebih dua tahun lalu. Namun, kini saya kembali menagih kerana tekanan hidup.

“Banyak masalah dihadapi termasuk memikirkan suami yang entah ke mana menghilang, kemiskinan hidup dan masyarakat sekitar sentiasa memandang serong terhadap saya sekeluarga,” katanya.

Ketika ditemui di Pejabat AADK Daerah Tumpat, wanita itu dalam keadaan gelisah dan mendakwa “bengkak susu” kerana tidak menyusu anak bongsunya yang berusia setahun empat bulan beberapa jam selepas ditahan.

Menurutnya, dia pernah cuba mahu berhenti mengambil dadah ketika hamil anak bongsu, namun kembali menggunakan barang terlarang itu ketika usia anak menjangkau setahun lebih.

Sebelum ini, kisah wanita itu menjadi perhatian sehingga ramai pihak tampil menghulurkan bantuan termasuk Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Che Abdullah Mat Nawi, kerana simpati melihat nasibnya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai AADK Daerah Tumpat Siti Morni Mustafa berkata, wanita berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8 (3) (a) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 dan akan menjalani rawatan pemulihan di pusat pemulihan dadah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.