`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, May 1, 2021

Ada syarat, kaedah bagi hukum haram rentas negeri sambut raya, kata Zulkifli

 

Masyarakat perlu melihat kepada konteks penuh ucapan mufti Wilayah Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohd Al-Bakri.

PETALING JAYA: Isu hukum haram merentas negeri untuk pulang ke kampung beraya dianggap selesai, sekiranya dilihat daripada keseluruhan konteks, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohd Al-Bakri.

Beliau berkata, Mufti Wilayah Persekutuan Luqman Abdullah sudah pun menjelaskan kepadanya mengenai ketetapan itu, sambil menambah, masyarakat perlu melihat kepada konteks penuh ucapannya.

“Saya telah tanya dia. Sebenarnya tidak ada apa pun. Dia sekadar ucapan dalam webinar dan ucapan kalau tengok dalam konteks keseluruhan, memang kita lihat ada syarat, peraturan dan kaedah.

“Jadi dalam isu ini kita nampak selesai kalau kita tengok keseluruhan konteks,” kata beliau kepada media selepas Majlis Iftar Muzakki bersama anak yatim dan pelancaran aplikasi MyZakat 2021 di Bangi, seperti dilaporkan Berita Harian.

Semalam, Luqman dilaporkan berkata, jatuh hukum haram sekiranya melanggar larangan merentas negeri, seperti yang ditetapkan kerajaan, untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.

“Rentas sempadan, apa hukumnya apabila kerajaan larang? Andai tidak taat kepada Ulul Amri (pemerintah) maka hukumnya haram,” kata beliau.

Kata beliau, menurut hadis, Rasulullah SAW ada menyebut supaya umat manusia mengelak ke sesuatu tempat sekiranya mendengar berita mengenai penyebaran sesuatu wabak penyakit.

Begitu juga dengan mereka yang sudah sedia berada di tempat itu, tidak boleh keluar daripada kawasan berkenaan.

Luqman hari ini menjelaskan, pandangan beliau berdasarkan kepada soalan yang ditanyakan kepadanya.

Menurut beliau, masyarakat boleh menilai sendiri apa yang disampaikan apabila melihat video penuh ulasannya.

“Saya sudah jelaskan dengan jelas pandangan saya di mana ada satu soalan yang ditanyakan kepada saya dan semua itu dalam ruang lingkup tajuk yang diberikan.

“Kena lihat video penuh dan tidak akan timbul apa-apa masalah,” kata beliau pada majlis yang turut dihadirinya bersama Zulkifli. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.