KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menutup sementara beberapa pejabat dan cawangannya di Terengganu dan Pahang, bagi tujuan sanitasi.
LHDN dalam satu kenyataan memaklumkan, pejabat dan cawangan yang terlibat adalah Pusat Khidmat Hasil (PKH) Besut, Terengganu yang akan ditutup mulai hari ini dan kembali beroperasi pada 16 Mei.
Sementara, Pejabat Pengarah Negeri Pahang, Cawangan Kuantan dan Cawangan Siasatan Kuantan di Menara HPejabat cawangan yang terlibat akan masing-masing akan dibuka semula pada 16 Mei dan 25 Mei.asil Kuantan pula, akan ditutup mulai esok, 10 Mei dan kembali beroperasi pada 25 Mei.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas, orang ramai boleh menghubungi LHDN menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 03-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat atau borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.