`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 19, 2021

Rentas negeri ke Nilai beli karpet, Neelofa dan suami didakwa esok

 

Neelofa dan Haris Ismail akan didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pagi esok kerana langgar SOP PKP. (Gambar Instagram)

PETALING JAYA: Selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban pagi esok atas kesalahan melanggar SOP rentas negeri ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) awal bulan ini.

Pasangan itu dijangka didakwa mengikut Peraturan 19 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempat Jangkitan Kawalan Pergerakan).

“Pendakwaan dijangka pada 9 pagi,” kata sumber yang dipetik Berita Harian.

Ketua Polis Daerah Nilai, Mohd Fazley Ab Rahman, enggan mengulas lanjut dan memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu kemudian.

Pasangan itu mencetuskan kemarahan warganet kerana didakwa merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan untuk membeli karpet pada 2 Mei lalu, dengan ramai mempersoalkan bagaimana mereka boleh merentas negeri semata-mata untuk membeli barang perhiasan rumah.

Susulan itu, mereka dipanggil memberi keterangan selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai pada 4 Mei lalu.

Turut diambil keterangan ialah pemilik premis serta pembantu kedai karpet itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.