`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, May 8, 2021

Ugut bakar rumah kerana isu ‘Datuk’ Pandalela

 

Abdul Karim Rahman Hamzah tidak membuat laporan polis kerana menganggapnya kebebasan bersuara di media sosial. (Gambar Bernama)

SIBU: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah mengakui, ramai individu serta netizen yang marah dengan kenyataanya mengenai ratu terjun negara Pandelela Rinong baru-baru ini.

Malah katanya, terdapat juga individu yang mahu membakar rumahnya menerusi satu komen di Facebook.

Namun Abdul Karim berkata, beliau tidak bercadang membuat laporan polis setakat ini, kerana menerima perkara tersebut sebagai kebebasan bersuara di media sosial.

Abdul Karim pada 7 Mei lalu dilaporkan berkata, pemberian gelaran ‘Datuk’ buat Pandelela yang meraih pingat emas di kejohanan terjun Piala Dunia FINA 2021 baru-baru ini belum sesuai, kerana penerjun negara itu masih muda.

“Sudah semestinya banyak anugerah boleh diberikan, tidak bermakna setiap kali menjadi juara di acara antarabangsa mesti beri anugerah gelaran Datuk, tidak semestinya begitu.

“Jadi sebab itu saya nyatakan, ada anugerah akan diberikan (kepada atlet berjaya),” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata, kerajaan negeri Sarawak sememangnya tidak pernah mengabaikan atlet negeri itu yang meraih kejayaan di kejohanan sukan besar, lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.