`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, September 29, 2021

Harga siling rumah mampu milik tak selesai masalah, kata ahli ekonomi

 

Kerajaan perlu menggalakkan mobiliti sosial, berbanding menggalakkan orang ramai membeli rumah mampu milik di kawasan yang berpendapatan rendah, kata Carmelo Ferlito.

PETALING JAYA: Penetapan harga siling untuk rumah mampu milik walaupun hanya untuk sementara, tidak akan mengatasi masalah kekurangan rumah mampu milik, kata seorang ahli ekonomi.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dibentangkan baru-baru ini, kerajaan akan melaksanakan harga siling untuk rumah mampu milik dalam pasaran sekunder dan menghadkan pembelian bilangan rumah untuk setiap individu bagi membolehkan pasaran hartanah terbabit boleh diakses oleh golongan yang memerlukannya.

Carmelo Ferlito.

“Oleh itu, jumlah kediaman yang tersedia untuk dibeli akan berkurangan dan bukan menjadi semakin banyak.

“Selain itu, dengan mewujudkan insentif negatif untuk menjual walaupun penawaran terhad, harga pasaran sebenar akan meningkat dan bukannya jatuh. Lonjakan harga itu akan dilihat sebaik saja harga siling dihapuskan.”

Ferlito berkata, ia boleh membuka ruang rasuah dalam pasaran hartanah apabila penjual menawarkan insentif untuk mencari pembeli yang sanggup mengelakkan harga siling itu dengan membuat pembayaran “di luar rekod”.

Beliau menggesa supaya satu pendekatan lebih sesuai dilakukan untuk menekankan penyediaan akses terhadap kediaman lebih baik berbanding pemilikan, kerana biarpun terdapat harga siling namun majoriti pembeli tetap perlu memohon pinjaman untuk membeli rumah terbabit.

Katanya, dengan peningkatan hutang isi rumah ke paras 93.3% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir 2020, penekanan pemilikan harus diganti dengan menawarkan sokongan sewa rumah supaya kumpulan berpendapatan rendah boleh menetap di kawasan yang mempunyai peluang lebih baik.

“Kerajaan perlu menggalakkan mobiliti sosial, berbanding menggalakkan orang ramai membeli rumah mampu milik di kawasan yang berpendapatan rendah yang akhirnya akan menyebabkan golongan miskin terus kekal miskin,” katanya.- FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.