`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, September 29, 2021

Pahang sita lombong haram di Lipis, kata MB

 

Ketika anggota penguatkuasa memasuki kawasan itu, tiada sebarang aktiviti sedang berjalan tetapi ada kesan aktiviti dipercayai melombong, menurut Wan Rosdy Wan Ismail.

KUANTAN: Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) berjaya mengesan dan menggagalkan aktiviti perlombongan haram yang dilakukan di atas tanah kerajaan negeri di Kampung Keledek, Lipis semalam.

Kejayaan itu dikongsi Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail melalui laman sosial Facebook miliknya.

“Ucapan tahniah juga kepada Setiausaha Kerajaan negeri, Dr Sallehuddin Ishak yang turun padang dan menyertai operasi risikan sehari sebelum serbuan dilakukan.

“Ketika anggota UPNP memasuki kawasan itu, tiada sebarang aktiviti sedang berjalan tetapi ada kesan aktiviti dipercayai melombong di situ,” katanya.

Beliau memaklumkan beberapa kenderaan ditinggalkan di kawasan terbabit turut disita, antaranya sebuah jengkaut, lori, generator, pam air dan dua motosikal.

“Saya dimaklumkan, mengikut Seksyen 158 Enakmen Mineral Negeri Pahang 2001, jika Notis Sitaan dituntut pelombong disyaki haram serta sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

“Sekiranya Notis Sitaan tidak dituntut pula, Seksyen 141 Enakmen sama menetapkan bahawa proses pelucuthakan benda yang disita boleh diambil,” katanya.

Wan Rosdy turut memaklumkan, sepanjang tahun lalu pihak UPNP berjaya menyita pelbagai jenis jentera seperti 27 jentera penggali, 26 lori, 24 pam air dan lima set mesin pemecah batu dengan anggaran nilai kira-kira RM2.2 juta. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.