`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, September 29, 2021

SPRM siasat isu sistem uCUSTOMS yang gagal disiapkan

 

Azam Baki berkata, siasatan menjurus kepada sebarang perlakuan rasuah dan salah guna kuasa. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan berhubung isu sistem uCUSTOMS bernilai RM397.43 juta yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) kerana gagal disiapkan sejak projek itu bermula pada Oktober 2013.

Ketua Pesuruhjayanya Azam Baki berkata, beliau telah mengarahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahaya untuk mengetuai siasatan berkenaan.

“Siasatan adalah menjurus kepada sebarang perlakuan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya kepada Bernama hari ini.

LKAN 2019 Siri 2 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam mendedahkan sistem uCustoms oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi menggantikan Sistem Maklumat Kastam (SMK) gagal disiapkan dalam tempoh 86 bulan walaupun lima lanjutan tempoh masa (EOT) diberikan.

Menurut laporan audit itu, sejumlah RM272.99 juta telah dibayar kepada pembekal dan Pejabat Pengurusan Projek manakala hanya satu Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) berjumlah RM55,660 telah dikenakan.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh menggesa SPRM melakukan siasatan segera terhadap sistem uCUSTOMS yang gagal disiapkan itu tetapi pembayaran telah dibuat.

Menurut Wong, ia merupakan salah satu daripada 25 isu dalam LKAN 2019 Siri 2 yang bersifat tindakan pembaziran atau punitif.

Azam berkata SPRM telah mendapatkan dokumen-dokumen mengenai sistem uCUSTOMS daripada JKDM hari ini bagi membantu siasatan isu berkenaan.

“Setakat ini, belum ada mana-mana individu yang dipanggil bagi membantu siasatan isu sistem uCUSTOMS ini,” katanya.

Azam berkata SPRM juga akan mendapat penerangan daripada pihak Jabatan Audit Negara berhubung isu itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.