`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, October 14, 2021

2 ditahan bantu siasatan kes samun, rogol pekerja asing di asrama

 

Polis berkata, dua lelaki berusia 24 dan 25 tahun itu ditahan secara berasingan di kawasan Seberang Perai Tengah semalam.

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian pecah masuk sebuah asrama pekerja asing, serta samun dan rogol seorang wanita di bilik asrama berkenaan di kawasan perumahan di Perai, di sini Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Shafee Abd Samad berkata, dua lelaki berusia 24 dan 25 tahun itu ditahan secara berasingan di kawasan Seberang Perai Tengah semalam.

Berdasarkan laporan, katanya, wanita warga asing itu dikatakan sedang tidur dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah teres dua tingkat yang dijadikan asrama pekerja asing itu, apabila dia dikejutkan seorang lelaki yang masuk ke biliknya kira-kira 4 pagi.

“Wanita itu mendakwa pintu biliknya itu berkunci dan suspek yang bersenjatakan objek tajam meletakkan senjata itu di leher mangsa sebelum merogolnya dan mengambil wang RM299,” katanya dalam kenyataan.

Shafee berkata, berdasarkan pemeriksaan, suspek dipercayai masuk ke rumah itu dengan mengumpil pintu depan rumah dan bilik mangsa.

Katanya, wanita itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan lanjut, manakala dua lelaki dengan pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397 dan 376 Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.