`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, October 21, 2021

Al-Quran dibakar, polis siasat kejadian

 

Sisa al-Quran itu ditemui di taman tasik oleh seorang wanita ketika bersenam, pagi tadi.

PETALING JAYA: Polis menyiasat kejadian senaskah al-Quran yang dibakar dan dijumpai di Tasik Taman Sri Impian, Kluang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang Low Hang Seng mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang menjumpai senaskah al-Quran yang dibakar dan hanya tinggal cebisan ayat sahaja ketika sedang bersenam di tasik berkenaan, pada 8.48 pagi.

“Pihak polis sedang giat menjalankan siasatan kes ini dari pelbagai sudut dan menasihatkan orang ramai untuk tidak mensensasikan atau membuat sebarang spekulasi, agar tidak menimbulkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, menurut laporan Bernama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh melaporkannya di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerusi talian 07-7784 222. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.