`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, October 15, 2021

Barang kemas dilarikan 2 lelaki, peniaga rugi RM10,500

 

Seutas rantai bernilai RM7,000 dan gelang RM3,550 dilarikan, ketika pekerja sedang mengira harga barang kemas itu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang lelaki berpura-pura membeli barang kemas sebelum melarikan seutas rantai dan gelang bernilai RM10,500 dari sebuah kedai di Bandar Machang, Kelantan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Machang, Ganti Jimmy berkata, kejadian berlaku 2.10 petang ketika suspek ke kedai itu untuk melihat seutas rantai kikir melor padu.

Beliau berkata, rantai seberat 29.0g itu berharga RM7,000 dan pekerja kedai berkenaan meminta bantuan seorang lagi pekerja untuk mengira harga barang kemas itu.

“Ketika sedang mengira harga, suspek sempat meminta pekerja kedai melihat seutas gelang tangan ‘coco’ seberat 14.20g yang berharga RM3,550. Suspek kemudian meminta pekerja berkenaan mengira harga keseluruhan rantai dan gelang tangan itu.

“Semasa sedang mengira, lelaki itu dipercayai merampas kedua-dua barang kemas dan melarikan diri,” katanya dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata, suspek menunggang motosikal jenis Honda Wave Repsol bersama seorang lelaki yang menunggu di luar kedai.

Katanya, pekerja berkenaan cuba mengejar motosikal dinaiki dua lelaki tersebut dengan bantuan orang ramai, namun tidak berjaya kerana jalan sesak ketika itu.

“Susulan kejadian itu, pekerja kedai emas membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.