`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, October 7, 2021

Dua beradik didera, suami isteri ditahan bantu siasatan

 

Dua daripada tiga individu yang ditahan polis sebelum ini telah didakwa di Mahkamah Sesyen, kata Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Dzulkhairi Mukhtar.

PETALING JAYA: Polis Johor menahan sepasang suami isteri berkaitan kejadian dera melibatkan dua beradik lelaki di Taman Selesa Jaya, Iskandar Puteri, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Dzulkhairi Mukhtar dipetik Utusan Malaysia berkata, pasangan suami isteri itu juga pengasuh kepada mangsa.

Katanya, suspek yang berusia 24 dan 32 tahun itu ditahan reman bermula hari ini sehingga 12 Oktober bagi membantu siasatan.

“Sementara itu, dua daripada tiga individu yang ditahan polis sebelum ini telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam iaitu B Mariamah, 60, dan anak perempuannya, R Deeba, 37.

“Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kedua-duanya yang tidak bekerja kemudian dikenakan jaminan RM15,000 masing-masing namun kerana gagal membayar, mereka ditahan di dalam lokap,” katanya menurut laporan itu.

Tambahnya, mahkamah menetapkan 24 November ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

“Seorang lagi individu yang ditahan sebelum ini iaitu teman lelaki Deeba yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dibebaskan dengan bon jaminan serta akan menjadi saksi pendakwaan.

“Sementara itu, kedua-dua mangsa kini masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas ini,” ujarnya.

Akhbar semalam melaporkan dua beradik berusia 6 dan 11 tahun itu didera termasuk dipukul dengan rotan getah paip, disimbah air panas selain dicucuh puntung rokok.

Ibu mereka, M Vikneswari, 30, yang kematian suami dikatakan meninggalkan mereka dalam jagaan pengasuh yang dikenali melalui kenalannya dengan bayaran upah RM800 sebulan sejak April lalu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.