Masyarakat dan pihak media dinasihatkan supaya tidak mensensasikan kes-kes jenayah yang dikaitkan dengan golongan agamawan, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary (PAS).
(OSTB : Habis, kalau bukan agamawan boleh sensasikan kes ke?)
Jelasnya, secara umum dan prinsip seseorang itu tidak dikira bersalah selagi tidak dibuktikan oleh mahkamah bahawa dia bersalah.
"Untuk mendakwa itu ini dan untuk melaporkan kepada pihak keselamatan sesiapa pun boleh buat.
(OSTB : Satu dunia sudah sedia faham prinsip ini. Semua orang pun sudah tahu. Tetapi sebelum masuk mahkamah, Polis kena tangkap orang yang buat salah. Sebelum Polis boleh tangkap orang yang buat salah, mesti ada Police Report atau Laporan Polis di Balai Polis. Kalau awam tidak buat aduan atau laporan Polis, maka Polis tak boleh tangkap orang salah. Kes mahkamah itu kemudian. Ini prinsip undang-undang semua agama dan seluruh dunia.
Media pula menceritakan kisah-kisah jenayah untuk makluman masyarakat. Bila masyarakat sedia maklum maka kita semua boleh mengelak daripada menjadi mangsa jenayah. Itu lah tanggungjawab media yang paling besar - to educate the public. Untuk maklumkan anak-anak dara untuk mengelak jadi mangsa dirogol, untuk maklumkan ibu-bapa menjaga anak-anak lelaki daripada diliwat dan sebegitu. Sensasi atau tidak sensasi terpulang kepada "kejahatan" perbuatan jenayah. Bukan kepada media yang melaporkannya. Contohnya : "Ostard kena kompaun Covid". Sensasi atau bukan sensasi? Ataupun : Ostard ditangkap tuduhan merogol anak dara. Sensasi atau bukan sensasi? )
"Nasihat saya kepada semua pihak agar tidak mensensasikan isu ini kerana ia melibatkan soal kepentingan dan keyakinan masyarakat kepada agamawan dan institusi agama itu sendiri.
"Jadi kena berhati-hati, saya ada sebut kepada media sendiri supaya tidak mensensasi isu ini," katanya kepada media ..di DUN Panchor, Kota Bharu, hari ini.
Sebolehnya tutup cerita' ! ! ! !
Anggota parlimen Pengkalan Chepa itu berkata demikian ketika ditanya mengenai kebimbangan mutakhir ini susulan banyak kes jenayah khususnya jenayah seksual dikaitkan dengan golongan agamawan termasuk guru-guru agama.
Ahmad Marzuk berkata, perkara yang buruk seumpama itu sebolehnya perlu ditutup, sekiranya tidak menjejaskan soal kepentingan awam.
(OSTB : Ini bukan hujah yang ber-lojik. Kalau berlaku satu atau dua kes agamawan terlibat jenayah rogol dan liwat tentu sekali masyarakat akan tahu menilai keadaannya.
Tetapi kalau berlaku banyak kes yang melibatkan agamawan maka masyarakat kita perlu dimaklumkan untuk diambil tindakan sewajarnya untuk perbaiki keadaan. Jika media disuruh 'tutup cerita' masyarakat tidak akan maklum dan kita tidak boleh ambil tindakan susulan yang sewajarnya.
Saudara Menteri sangat kurang faham.)
'Tegasnya, laporan isi berkenaan dikhuatiri mendorong orang lain untuk melakukan kesalahan sama.
"Jadi tak perlu kita jadikan bahan untuk melariskan berita. Kerana ia mendorong manusia lain untuk buat sama. Islam ajar kepada kita untuk tutup perkara-perkara yang boleh buatkan orang cuba nak tahu dan cuba nak buat.
"Sebab itu kalau kita tengok apabila keluar saja berita sesuatu isu, ia akan jadi macam satu kluster, keluar pula rentetan isu-isu berkaitan.
"Saya pun tak faham apa strategi media, tetapi Islam ajarkan kepada kita perkara aib dan benda yang mendorong orang untuk buat perkara salah kita kena tutup," jelasnya.
(OSTB : Maksudnya para agamawan yang terlibat merogol dan meliwat itu semua disebabkan mereka membaca kisah rogol dalam media ke? Pelik sungguh kenyataan ini.
Habis kenapa pula tidak ada (setakat ini) hakim mahkamah yang terlibat rogol, doktor hospital tidak terlibat, pegawai kastam tidak terlibat, pilot kapalterbang pun tidak terlibat rogol dan liwat (atau sangat-sangat jarang terlibat). Mereka pun mesti membaca surat khabar dan baca media yang pelbagai. Tetapi jarang sekali mereka terlibat rogol dan liwat. Saya tidak pernah dengar kes hakim mahkamah rogol perempuan.
Yang pelik sekali bagi saya ialah kenapa kita jarang dengar kes rogol dan liwat dikalangan orang Cina dan bukan Islam yang lain? Ah Moi Cina suka memakai skirt, juga skirt pendek, seluar pendek, mereka mendedahkan kepala, bahu, lengan, betis, peha dsbnya tetapi jarang sekali kita mendengar kes mereka dirogol atau diliwat oleh lelaki Cina.
Dan jauh sekali kita dengar kes sami-sami tokong Cina dan sami-sami Buddha terlibat rogol dan liwat. Dalam negara kita Malaysia mungkin langsung tidak ada (kalau ada pun sangat jarang sekali lah).
Al Quran sangat jelas bahawa kita tidak boleh "tutup cerita" atau cover up.
Surah 4:135 "Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."
Dalam menjadi saksi terhadap apa pun, Allah swt menghendakki bahawa kita bercakap terus terang dan ceritakan kisah yang sebenarnya yang berlaku. Kita tidak boleh "tutup cerita" atau 'cover up'. Inilah cara yang paling baik bagi semua pihak.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.