PETALING JAYA: Tindakan kerajaan menyalurkan peruntukan berbelas juta ringgit kepada sekolah persendirian Cina disifatkan “mengarut” dan berperilaku “terkutuk”, kata Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya.
Aminuddin berkata, salah seorang pemimpin dalam kerajaan sewaktu menjadi pembangkang pernah berikrar mahu mengharamkan pertubuhan pendesak Cina, Dong Zong, namun sebaliknya yang berlaku.
“Dulu laung nak haramkan Dong Zong. Alih-alih apabila sudah jadi kerajaan, salurkan peruntukan RM15 begitu saja.
“Memang mengarut kerajaan hari ini. Terkutuk betul perangai,” katanya di Twitter.
Menerusi Twitter, Aminuddin turut melampirkan laporan berita memaparkan Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan RM15 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara.
Berdasarkan laporan Malaysiakini, perkara itu didedahkan Presiden Dong Zong, Tan Tai Kim dan disahkan Timbalan Menteri Pendidikan Mah Hang Soon.
Pada 2019, ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan, media melaporkan Umno bersetuju dengan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa Dong Zong rasis dan pernah mencabar Putrajaya mengharamkan pertubuhan pendidikan Cina itu.
Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob ketika itu mendakwa Dong Zong seperti biasa akan menjuarai isu berkaitan kaum Cina, dan jika ada isu berkaitan penentangan terhadap perkara berkaitan Melayu dan Islam, pertubuhan itu juga akan menjadi pemain utamanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.