`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 4, 2021

MAHB bekerja keras persiap KLIA untuk pelancong

 

Sistem pengendalian bagasi di KLIA telah dilengkapi dengan empat terowong khas untuk membasmi kuman menggunakan sinar ultraungu. (Gambar KLIA)

PETALING JAYA: Dalam pada industri penerbangan dan pelancongan hampir terhenti ketika pandemik, banyak yang dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memastikan keselamatan pelancong pada masa depan, tanpa menjejaskan pengalaman mereka di lapangan terbang.

“Kami tidak berhenti bekerja ketika pandemik. Kami ingin memastikan dapat memberikan pengalaman paling selamat dan paling berkesan untuk pelancong sejurus selepas kami dibenarkan menyambut mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysian Airports Holdings Bhd (MAHB) Mohd Shukrie Mohd Salleh kepada FMT.

“Kami telah melihat semua aspek pengalaman lapangan terbang dari awal hingga akhir, termasuk perkara yang jarang difikirkan orang lain dalam usaha kami memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.”

Sebagai contoh, selain menambah baik perkara biasa seperti pengimbas suhu dan penghadang bersin lutsinar yang dipasang di lapangan terbang di seluruh negara, MAHB juga memberi perhatian teliti kepada perkara yang mungkin tidak difikirkan oleh pelancong.

Tandas, misalnya, telah dilengkapi dengan teknologi pembasmi kuman ultraungu bagi mencegah penularan patogen menerusi udara.

“Kami juga telah memasang sistem pengendalian bagasi dengan empat terowong khusus bersekali dengan sistem ada untuk membasmi kuman menggunakan sinar ultraungu,” kata Shukrie yang turut menambah bahawa dengan cara itu beg dapat dinyahkuman sebelum sampai kepada pelancong tanpa beban tambahan ke atas mereka.

Perhatian kepada perincian ini juga meliputi bahagian lain yang membabitkan pengalaman perjalanan. Pesanan makanan dan pembayaran tanpa tunai juga disediakan untuk mengurangkan kontak dan mengurangkan masa menunggu.

KLIA juga akan memasang sistem pengesahan pengecaman wajah di 75 lokasi dikenal pasti menjelang akhir tahun ini, termasuk di kios layan diri, kaunter daftar masuk, pusat pemeriksaan keselamatan dan balai berlepas.

Dengan proses pengesahan di setiap lokasi dikenal pasti mengambil masa sekitar lima saat, MAHB menjangkakan ia akan mengurangkan masa menunggu secara drastik, meningkatkan keselamatan penumpang melalui teknologi canggih yang meminimumkan kontak.

Selain itu, sensor 3D dipasang untuk memantau secara aktif bilangan orang di kawasan sibuk dan menyediakan maklum balas masa nyata kepada kakitangan yang ditugaskan untuk memastikan SOP dipatuhi.

“Sistem ini juga dapat mengesan barisan panjang dan kesesakan pengembara supaya Pusat Kawalan Operasi Lapangan Terbang (AOCC) mendapat makluman dan sumber dapat dikerahkan untuk membantu memberi perkhidmatan yang cepat dan kelancaran aliran penumpang.

“Secara idealnya, masa menunggu boleh dikurangkan bawah 10 minit.”

Salah satu perkembangan terbaru adalah pemasangan “Sistem Pengesanan Serpihan Objek Asing (FOD)” di sepanjang landasan, yang terdiri daripada sebilangan menara radar yang boleh mengesan objek dari jarak 500 meter hanya dalam 10 saat dan menyalurkan maklumat kepada kakitangan dengan pantas menggunakan radio berbanding teknologi gentian.

“Ini dapat membantu kru di darat mengesan kemungkinan masalah keselamatan seperti hidupan liar atau serpihan yang mungkin terdapat atas landasan. Gambar resolusi tinggi mengenai bahaya itu dihantar kepada kru dengan segera supaya mereka dapat membersihkannya dengan cepat dan berkesan,” kata Mohd Shukrie.

Usaha MAHB untuk mempertingkat keselamatan penumpang mendapat perhatian banyak pihak. Lima lapangan terbang antarabangsa di negara ini, termasuk KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, serta asetnya di Turki, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen, menerima Akreditasi Kesihatan Lapangan Terbang (AHA) daripada Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI), yang mengesahkan bahawa lapangan terbang berkenaan memenuhi piawaian global.

Ini sebagai tambahan kepada British Standards Institution yang memutuskan bahawa langkah-langkah yang diambil oleh MAHB memenuhi piawaian antarabangsa terbaharunya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.