`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, October 27, 2021

Remaja dicekup, disyaki rogol hingga hamil pelajar Tingkatan 2

 

Polis berkata, suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki ditahan polis selepas disyaki merogol pelajar Tingkatan dua sehingga hamil.

Ketua Polis Daerah Padawan, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek berusia 16 tahun itu ditangkap di Balai Polis Kota Sentosa, Kuching, selepas diminta menyerah diri sekitar 1.50 tengah hari tadi.

Menurutnya, kejadian berkenaan terbongkar selepas mangsa membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Batu Kawa, Kuching, dan disahkan mengandung bulan lalu.

“Pada September 2021, mangsa membuat pemeriksaan di klinik Batu Kawa dan disahkan mengandung menyebabkan pihak klinik menasihati mangsa membuat laporan polis.

“Hasil siasatan mendapati suspek mengaku ada melakukan hubungan seks dengan mangsa pada Januari tahun ini,” katanya dipetik Utusan Borneo.

Beliau berkata, suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sementara itu, mangsa difahamkan dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan kesihatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.