`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, October 3, 2021

Sokong penyandang kerusi jadi formula PAS, kata Tuan Ibrahim

 

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kaedah itu antara langkah yang akan diambil bagi mengelakkan tiga penjuru.

PETALING JAYA: PAS memberi jaminan akan mengundi penyandang kerusi sekiranya berlaku pertandingan dua penjuru antara sekutunya, Umno dan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, formula itu antara yang akan diguna pakai parti berkenaan sebagai panduan buat 2.2 juta ahlinya pada hari pembuangan undi.

Katanya, PAS teguh dengan pendirian mengekalkan kerusi tradisi parti sama ada miliknya, Umno mahupun Bersatu.

“Jika dalam PRU lalu, kerusi itu milik Umno maka kita akan sokong Umno dan begitulah sebaliknya, kalau milik Bersatu.

“Asas kita dalam muafakat politik adalah untuk mengelakkan tiga penjuru, jadi itu adalah antara kaedah yang akan diambil selain langkah-langkah lain,” katanya menurut laporan Utusan Online dalam sidang akhbar di tapak Pasaraya Wakaf, Dungun, hari ini.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim tidak menolak kemungkinan pertembungan kerusi boleh berlaku sesama sekutunya dalam PRU15, namun perkara itu akan cuba dielakkan.

Malah, katanya, PAS akan berusaha meminimumkan pertembungan tiga penjuru yang hanya boleh mengundang kekalahan kepada kerajaan sedia ada pada masa ini.

“Saya jangka situasi itu akan ada cuma sedikit dan jika berlaku, kita tidak boleh berbuat apa-apa. Tetapi saya yakin semua orang tidak mahu Pakatan Harapan (PH) menang,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.