`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, November 6, 2021

Banjir kilat di Kota Tinggi, 34 mangsa dipindah

 

Setakat semalam, kawasan Kampung Baru Sungai Mas, Penawar dilaporkan masih mengalami hujan gerimis dan pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa. (Gambar Facebook JKR Kota Tinggi)

PETALING JAYA: Hujan lebat yang berterusan selama lebih dari dua jam di Kota Tinggi, Johor semalam mengakibatkan seramai 34 penduduk dipindahkan ke sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kampung Baru Sungai Mas, Penawar.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Tinggi, PPS yang dibuka pada pukul 8 malam itu menempatkan lapan keluarga dari kawasan Kampung Baru Sungai Mas selepas kediaman mereka dinaiki air.

“Hujan lebat yang berterusan selama lebih dari dua jam yang menyebabkan kenaikan air dan banjir kilat di kawasan kampung berkenaan.

“Pasukan penyelamat telah sampai di lokasi pada jam 6.50 petang dan membawa semua mangsa yang terjejas ke Dewan Kampung Baru Sungai Mas,” katanya menurut laporan Bernama.

Setakat semalam, kawasan berkenaan dilaporkan masih mengalami hujan gerimis dan pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.