`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, November 13, 2021

BN, PN bertembung di PRN Melaka lambang pembaharuan politik, kata Annuar

 

Annuar Musa berkata, parti politik di negara lain akan menyertai pilihan raya sendiri dan membentuk gabungan atau kerajaan campuran selepas memenangi pilihan raya. (Gambar Bernama)

MELAKA: Pertembungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka melambangkan pembaharuan politik negara, kata Annuar Musa.

Ketua Umno Bahagian Ketereh itu berkata, situasi sama juga diamalkan di negara lain yang bertanding atas tiket parti masing-masing sebelum membentuk kerajaan campuran.

“Sebenarnya, tak ada masalah, cumanya di Malaysia ini kita dah terbiasa dengan gabungan. Itu yang dibuat sebelum pilihan raya bergabung, semasa pilihan raya buat manifesto bersama dan kemudian masuk ke pilihan raya sebagai satu gabungan.

“Di banyak negara lain, masing-masing masuk sendiri dan selepas pilihan raya baru dia buat macam kerajaan campuran, gabungan dan sebagainya. Jadi, anggap ini satu politik baharu atau pembaharuan politik dalam negara kita, ambil dari sudut positif,” katanya pada program santai FB live bersama Annuar bertajuk “Norma Baharu Pilihan Raya Bermula di Melaka” secara maya malam tadi.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, meskipun tanpa jawatan selepas dipecat sebagai Setiausaha Agung Umno, beliau tetap komited membantu semua 28 calon BN dalam PRN Melaka.

“Saya akan berjumpa dengan kesemua 28 calon dan saya akan bantu setakat apa yang saya boleh bantu (dari segi) tenaga, ‘material’ dan pandangan, dan selain dari Machap Jaya yang diamanahkan kepada Umno Ketereh, saya merasakan tanpa perlu disuruh, saya juga boleh bantu kawasan-kawasan lain,” katanya.

SPR menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov, berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 4 Okt lalu, selepas empat ADUN menarik sokongan terhadap Ketua Menteri. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.