`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, November 9, 2021

Cabaran utama saya ‘perform’ sebaik mungkin di DUN Rim, kata Dira

 

Sebagai calon baharu, Khaidhirah Abu Zahar berbesar hati mendapat kerjasama daripada bekas ADUN Rim, Ghazale Muhamad untuk meneruskan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

PETALING JAYA: Calon muka baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Khaidhirah Abu Zahar, mengakui berdepan cabaran sebagai calon wanita muda namun beliau tetap mahu memastikan pembangunan dalam pendidikan rakyat menjadi keutamaan.

Beliau yang dikenali sebagai Dira berkata, pembangunan pendidikan, jaringan penyampaian maklumat dan perkhidmatan juga akan diberi tumpuan sepenuhnya jika dipilih menjadi wakil rakyat.

“Saya bertuah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) di DUN Rim dan ini satu cabaran pada saya untuk kekalkan reputasi terbaik di DUN ini.

“Menjadi calon wanita muda juga adalah cabaran dan saya memberi tumpuan sepenuhnya kepada penduduk di DUN ini,” katanya menurut laporan Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, katanya sebagai calon baharu, beliau berbesar hati mendapat kerjasama bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Ghazale Muhamad untuk meneruskan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Saya bertuah dicalonkan di DUN Rim, ini kampung keluarga emak saya dan sebahagian keluarga saya ada di sini, tiada masalah setakat ini kerjasama diberikan kepada saya dan terima kasih kepada Ghazale memberi dorongan untuk membantu.

“Sebagai calon baharu saya diberi mandat untuk meneruskan legasi dan khidmatnya, beliau tidak terima sebarang rungutan sebelum ini dan itu cabaran utama kepada saya untuk ‘perform’ sebaik mungkin.

“Saya akan cuba sebaik mungkin untuk laksanakan kerja Ghazale sebelum ini andai saya diberikan mandat pada 20 Nov nanti,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.