`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 10, 2021

Harga Ayam Bakal Naik RM9.39 SeKilo. Kaum Elit Control Permit Pekerja Asing Punya Pasal. Harga Barang Makanan Semua Akan Naik.

 "by next week Ameer said chicken price rise to RM9.39/kg, increase of RM1.40 in just 2 1/2 mths"





https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/11/09/mydin-boss-sounds-alarm-over-rising-chicken-prices/

Immediate govt action needed to stem rise in chicken prices, Ameer Ali Mydin 
prices high because high feed costs, foreign worker shortage, shortage of supplies
Mydin Hypermarkets has been getting only 60% of its usual supply

  • Sept price of chicken RM8 / kg but increasing ever since 
  • next week Ameer said price rise to RM9.39/kg, increase RM1.40 in 2 1/2 mths
serious concerns over labour shortage affects farms, processing plants
leading to higher operating costs, including overtime payments
Ameer said labour shortage led to drop in productivity
in poultry industry, food and beverage, retail industries as a whole

  • many foreign workers have returned home 
  • companies unable to bring in new workers because of ban on foreign workers
  • Mydin alone lost over 1,000 workers that we cannot replace

govt’s foreign worker recalibration programme has not worked

those in power did not realise how much business, economy are suffering
nothing to do with Covid-19, it’s drop in productivity
He urged govt to allow intake of new foreign workers
businesses would comply with quarantine and vaccination

  • Give approvals directly to businesses that need foreign workers. 
  • Do not give approvals to syndicates that bring in foreign workers

My comments :

Tuan-Tuan, mula daripada minggu depan harga ayam akan naik jadi RM9.39 se kilo. Ini ikut cakap sahabat saya Dato Ameer Ali Mydin, Boss Mydin Hypermarket. 

Maksudnya Si-Isteri akan perlu belanja duit pasar yang lebih.  Kalau Tuan-Tuan kerja Penjawat Awam, pensyarah universiti, cikgu sekolah, kerja GLC dengan gaji tetap daripada DUIT RAKYAT maka Tuan-Tuan akan ok lah. Isteri minta duit pasar yang lebih pun tak jadi masalah.

Tetapi bagi bilangan ramai rakyat marhaen, kalau ayam jadi RM9.39 sekilo maksudnya mereka akan lebih makan nasi putih dengan siram air kicap. Macam tahun 1960an dulu lah.

Dan percayalah apabila harga ayam naik, harga barang makanan lain pun akan naik. Sebab daging ayam, ikan, daging kambing, lembu dsbnya adalah 'substitute product'. Maksudnya kalau harga kambing naik, orang akan beli ayam pula. Maka harga ayam pun akan naik. Bila harga ayam naik, orang akan bertukar beli ikan pula. Harga ikan pun akan naik. Contohnya harga ikan kembong pun antara RM18 - RM22 sekilo. 

Jadi percayalah bila harga ayam naik, harga semua barang makanan lain akan naik sekali. Itulah maksudnya substitute products.

Tapi bagaimana pula reaksi Menteri-Menteri cap kambing kita? Apakah mereka akan ambil peduli atau ambil tahu pun?

Jawapan-nya ada dua bahagian.

Bab pertama ialah mereka tak faham haram sepatah pun what the hell Syed Akbar Ali atau Dato Ameer Ali Mydin merungut ini.   Apakah jadahnya high feed costs lah, shortage of supplies lah, high labour costs lah ? Apalah kau orang membebel ini? 

Sebab depa tak faham bisnes, depa tak faham ekonomi dan depa tak faham apa pun. 

Baru ini depa pi letak Cukai Makmur yang akibatkan kerugian RM34 Billion nilai Bursa Saham kita. Petang itu depa umum Cukai Makmur pagi esok RM34 billion terbakar hangus. Itulah kedunguan mereka. Lepas itu depa semua tutup mulut, diam macam dungu salam.  Daripada awal lagi saya sudah tulis dalam Blog ini kalau awak pi letak Cukai Makmur, pelabur asing dan pelabur tempatan akan takut melabur dalam negara kita. 

Bab kedua ialah Menteri dulu yang makan duit rasuah berpuluh juta daripada rasuah Permit Pekerja Asing   sekarang sedang didakwa di mahkamah atas pelbagai tuduhan rasuah. Dulu dia nak bagi permit impot 1.5 juta pekerja Bangla kepada ahli keluarga dia sendiri. Kemudian dia terlibat rasuah Permit Pekerja Asing di negeri China. 

Apa sebabnya dia sekarang menghadapi dakwaan mahkamah? Sebab politik negara kita sudah berubah - secara permanent. Dalam tempoh TIGA TAHUN saja, perdana menteri sudah bertukar EMPAT KALI.  Dan kemungkinan besar perdana menteri sekarang tidak akan kekal juga. Mungkin sebelum hujung 2022 perdana menteri akan bertukar lagi. 

Jadi sesiapa terlibat rasuah dengan "protection" pemimpin politik bersedia lah untuk masuk penjara jika perdana menteri pun bertukar.

Jadi soalan besar sekarang ialah, kalau mereka tidak boleh cap duit melalui monopoli Permit Pekerja Asing apakah pemimpin politik kita akan ambil peduli pasal masalah kekurangan pekerja asing dalam ekonomi kita? 

Dato Ameer Ali Mydin telah membuat cadangan yang baik, simple, lojik dan practical untuk menangani masalah kekurang Pekerja Asing.  Dato Ameer kata :
  • Give approvals directly to businesses that need foreign workers. 
  • Do not give approvals to syndicates that bring in foreign workers
But Dato, if they cannot give approvals to their syndicates, then surely they will not give any approvals directly to businesses that need foreign workers  either. Because if they give approvals directly they cannot make any money. 

They do not care about your business, they do not care about the economy or the country. They only care about their own pockets. 

Jadi Tuan-Tuan, seperti Dato Ameer kata, harga ayam pasti akan naik. Akan menjadi lebih RM9.00 se-kilo. Tunggu sajalah.

Tuan-Tuan janganlah complain sangat. Siapa tak mampu makan ayam, boleh makan kangkung sajalah.  Atau makan-lah nasi putih dengan kicap. 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.