`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 24, 2021

Jika tiada mandat, saya nak berjuang atas apa, soal Abang Jo

 

PRN Sarawak perlu dilaksanakan bagi mendapatkan mandat yang sah daripada rakyat, menurut Abang Johari Openg. (Gambar Bernama)

BINTULU: Ketua Menteri Abang Johari Openg menzahirkan rasa pelik beliau terhadap sikap parti pembangkang di negeri ini yang mahu melengah-lengahkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata PRN Sarawak perlu dilaksanakan bagi mendapatkan mandat yang sah daripada rakyat.

Semua rakyat Sarawak perlu memberikan peluang kepada GPS untuk terus mentadbir negeri ini bagi menyambung segala projek pembangunan yang telah dirancang, katanya pada Majlis Makan Malam Bersama Rakyat di sini malam tadi.

“Belum habis lagi kerja kita (GPS). Beri saya mandat…saya akan berjuang bagi mendapatkan hak-hak Sarawak. Jika tiada mandat dari rakyat, saya hendak berjuang atas apa?,” katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sepatutnya terbubar pada 7 Jun lepas selepas cukup lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya diadakan.

Namun ia ditangguhkan susulan proklamasi darurat di Sarawak oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bermula dari 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022 berikutan ancaman pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, Seri Paduka Baginda berkenan menamatkan proklamasi darurat itu pada 3 Nov lepas sekali gus menyaksikan DUN Sarawak terbubar bagi memberi laluan kepada PRN Sarawak ke-12. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.