`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, November 5, 2021

Kepala air: Kanak-kanak terperangkap di tengah sungai

 

Detik cemas anggota bomba berusaha menyelamatkan mangsa yang dipercayai terperangkap ketika berkelah bersama keluarga. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun menempuh detik mencemaskan selepas terperangkap di tengah sungai, susulan kejadian kepala air ketika berkelah bersama keluarga, di Sungai Dipang, Kampung Saho, di Kampar, hari ini.

Bagaimanapun, mangsa berjaya dibawa ke tebing oleh sepasukan bomba dengan selamat, sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan jam 3.59 petang sebelum sepasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar dibantu jentera EMRS dari BBP Tapah digerakkan ke tempat kejadian.

“Setiba di tempat kejadian, kami mendapati seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 12 tahun terperangkap di tengah sungai.

“Mangsa dipercayai bersama keluarganya sedang berkelah sebelum kepala air datang secara tiba-tiba,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Katanya, pasukan menggunakan kaedah ‘tensioness diogener’ dan ’45’ river crossing’ bagi menyelamatkan mangsa.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.51 petang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.