`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, November 25, 2021

Kerajaan cadang 3 negara jadi sumber baharu pengawal keselamatan, kata Hamzah

 

Kerajaan merancang menjadikan Bangladesh, Indonesia dan Filipina sebagai negara sumber tenaga kerja bagi memenuhi kekosongan dalam sektor perkhidmatan pengawal keselamatan, kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.

PETALING JAYA: Kerajaan sedang merancang menjadikan Bangladesh, Indonesia dan Filipina sebagai negara sumber tenaga kerja bagi memenuhi kekosongan dalam sektor perkhidmatan pengawal keselamatan.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata perkara itu akan dikaji secara terperinci sebelum sebarang keputusan dibuat, dan kementeriannya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pemegang taruh untuk memastikan tiada isu atau masalah timbul mengenainya nanti.

Menurut laporan Bernama, Hamzah berkata beliau akan membuat pengumuman muktamad selepas mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan, termasuk pemain industri serta agensi kerajaan yang terlibat seperti Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan dan lain-lain lagi.

Beliau berkata ia bagi memastikan bahawa tiada masalah lain yang timbul apabila pekerja-pekerja luar ini mula diimport, kerana mereka perlu dipastikan benar-benar bekerja dalam negara, dan bukannya menjadi ejen negara luar atau sebagainya.

“Ini kerana ia melibatkan soal keselamatan negara, pelbagai perkara boleh berlaku dan saya amat sensitif dengan isu ini,” katanya selepas merasmikan majlis perjumpaan Menteri Dalam Negeri bersama Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan Agensi Persendirian di ibu negara hari ini.

Sementara itu Hamzah berkata 66 lesen syarikat kawalan keselamatan dibatalkan sejak tahun 2014 atas pelbagai alasan, termasuk sebab menggaji pekerja tanpa menjalankan tapisan keselamatan, salah guna senjata api dan menggajikan pendatang tanpa izin.

Beliau seterusnya menggesa semua syarikat kawalan keselamatan membuat pembaharuan lesen syarikat masing-masing bagi mengelak tindakan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.