`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 10, 2021

Pesara terima 3 hingga 4 bayaran pencen sekali gus, CUEPACS tuntut kerajaan lebih adil

 

Mengikut garis panduan baharu dicadangkan, memadailah bagi penjawat awam itu untuk menerima satu pencen yang dianggap tertinggi sahaja, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Adnan Mat.

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan bayaran pencen lebih adil selepas mengambil kira ada kumpulan penjawat awam menerima tiga hingga empat bayaran yang tinggi secara sekali gus, sebaik bersara.

Presidennya, Adnan Mat, berkata bawah garis panduan baharu itu, memadailah buat seseorang penjawat awam untuk menerima satu pencen yang dianggap tertinggi sahaja, berbanding dengan pencen yang mereka sepatutnya terima ketika bersara nanti.

“CUEPACS melihat cara ini adalah adil untuk kerajaan serta negara kerana ia bukan sahaja dapat memelihara kebajikan pesara, malah turut memastikan pencen terbabit bersifat lebih bahagia dan dibayar mengikut angka yang munasabah,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Selain itu, Adnan turut mencadangkan kepada kerajaan mengkaji semula kadar pencen minimum kerana terdapat kumpulan penjawat awam yang masih menikmati kadar pencen “sengsara” pada masa sekarang.

“CUEPACS mahu kerajaan mengkaji semula kadar kenaikan pencen penjawat awam agar golongan terbabit dapat menikmati kadar bayaran pencen yang lebih bahagia berbanding dengan kadar sebelumnya.

“Dengan adanya peningkatan kadar minimum pencen terbabit maka dapatlah penjawat awam di negara kita menjalani kehidupan yang lebih senang dengan kuasa membeli yang tinggi sebaik sahaja mereka sudah bersara nanti,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.