`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, December 6, 2021

Geng pecah kedai ‘Man Muncung’ dicekup polis

 

Tiga suspek berumur antara 20 hingga 33 tahun yang menganggur bergilir-gilir menyewa kereta bagi melakukan jenayah, malah pernah menggunakan Mykad ibu remaja terlibat untuk tujuan itu, kata Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Rodzi Abu Hassan.

JITRA: Polis berjaya menumpaskan ‘Geng Man Muncung’ yang disyaki terlibat dengan 10 kes pecah kedai di sekitar daerah Kubang Pasu, selepas empat lelaki termasuk pelajar sekolah berusia 14 tahun ditahan secara berasingan, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Rodzi Abu Hassan berkata kesemua suspek ditahan tidak sampai 24 jam selepas dipercayai memecah masuk kedai runcit dan melarikan wang tunai RM4,250 serta barangan lain di Pekan Ayer Hitam dekat sini, kira-kira pukul 2 pagi.

“Pemilik premis hanya menyedari kejadian itu pada pukul 8 pagi sebelum membuat laporan polis. Hasil siasatan, kita berjaya menahan keempat-empat lelaki tersebut masing-masing di Taman Pulasan di sini dan di hadapan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar antara pukul 8.45 malam dan 10.30 malam hari yang sama,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Rodzi berkata polis percaya 10 kes pecah kedai di daerah ini berjaya diselesaikan berikutan tangkapan itu.

Katanya tiga daripada suspek berumur antara 20 dan 33 tahun yang menganggur, turut memiliki rekod kesalahan lampau berkaitan dadah, pecah rumah dan curi kenderaan, dengan suspek utama berusia 33 tahun pernah direman berkaitan kes pecah pejabat syarikat kurier di Alor Setar pada Jun lepas, yang melibatkan kerugian hampir ratusan ribu ringgit.

“Mereka bergilir-gilir menyewa kereta bagi melakukan jenayah, malah Mykad ibu kepada pelajar 14 tahun itu pernah digunakan bagi melakukan kegiatan tersebut,” katanya yang turut memaklumkan ujian saringan air kencing kesemua suspek negatif.

Rodzi berkata selain wang tunai, barangan lain turut dirampas termasuk lima telefon bimbit pelbagai jenama dan sebuah kereta Perodua Myvi yang disewa kumpulan berkenaan.

Kesemua mereka kini direman lima hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, melibatkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.