`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 1, 2022

Mangsa bunuh diri, bukan dibunuh inspektor, kata polis

 

Polis berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan mangsa dipercayai terjun dari Tingkat 20 sebuah kondominium di Cheras.

PETALING JAYA: Polis menafikan seorang pegawainya yang berpangkat inspektor terbabit dalam kes bunuh seorang lelaki di sebuah kondominium di Cheras pada Khamis lalu, sebaliknya ia membabitkan kes bunuh diri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kamera litar tertutup dalam lif mendapati mangsa masuk ke lif berseorangan dan keluar di tingkat 20.

“Turut dijumpai di Tingkat 20 adalah satu tin arak dan satu pelitup muka yang telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk pengesanan.

“Pihak polis menafikan mangsa dibunuh seorang pegawai polis berpangkat inspektor seperti mana maklumat tersebar di media sosial. Saya menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran kepada orang awam,” katanya dalam kenyataan.

Jalil berkata, polis menerima laporan pada 8.05 malam 30 Dis lalu berhubung satu kejadian jatuh bangunan membabitkan seorang lelaki tempatan.

“Sepasukan anggota dari Balai Polis Salak Selatan ke lokasi kejadian dan mendapati seorang warga tempatan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan mangsa dipercayai terjun dari Tingkat 20 kondominium berkenaan.

“Maklumat lanjut yang diperolehi daripada saksi mendapati mangsa tinggal berseorangan dan isteri mangsa keluar dari rumah sejak 7 Dis akibat masalah rumah tangga hingga menyebabkan mangsa mengalami tekanan.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.