`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 28, 2022

Isu Duit Zakat Pula !! No Money No Religion.


  • Urusan bayar zakat dah jadi bisnes cari untung pulak ya
  • isu kurang manis bayar zakat di masjid yang berulang tahun ke tahun.
  • Alasan pemungut zakat adalah stereotyped iaitu resit RM7 sudah habis
  • Oleh kerana resit RM7 habis, maka dia terpaksa bayar 7 X RM10 = RM70
  • Ini bermakna RM5 adalah pembayaran tanpa resit
  • supaya mereka tidak dilihat kurang berintegriti

 

Di petik daripada Blog Permadu Malaysia.



Permadu Malaysia telah menerima maklum balas dari penduduk J---r B--ru yang beragama Islam mengenai isu kurang manis pembayaran zakat fitrah di masjid yang terus berulang dari tahun ke tahun.

Dari segi pengkategorian pembayaran zakat fitrah yang ditetapkan di negeri J---r, sebanyak RM7 seorang perlu dibayar oleh golongan berpendapatan rendah, mungkin termasuk kumpulan B40 (merujuk kepada jenis beras campur berkualiti rendah sebagai makanan harian).

Satu kategori lagi perlu membayar zakat fitrah sebanyak RM10 seorang, golongan berpendapatan lebih tinggi (juga merujuk kepada jenis beras berkualiti tinggi sebagai makanan harian).

Beberapa orang pembayar zakat fitrah yang tergolong dalam kumpulan B40 menzahirkan rasa agak kecewa kerana mereka seakan-akan secara tidak langsung dipaksa membayar RM10 seorang walaupun jumlah yang wajib adalah RM7.

Alasan yang diberi pihak amil (pemungut zakat) adalah stereotyped iaitu resit RM7 sudah habis.

Seorang pembayar zakat yang keluarganya berjumlah 7 orang sepatutnya hanya perlu membayar 7 X RM7 = RM49. Oleh kerana resit RM7 sudah habis, maka dia terpaksa membayar 7 X RM10 = RM70. Amaun RM21 lebih tinggi dari sepatutnya adalah amat membebankan golongan berpendapatan rendah serta berunsur menzalimi rakyat susah.

Seorang pembayar zakat kategori B40 yang ditemui di sebuah masjid di Johor Bahru memberitahu Permadu Malaysia beliau enggan membayar RM10 seorang untuk 5 orang tanggungannya apabila dimaklumkan oleh amil bertugas resit RM7 sudah habis.

Bagaimanapun, amil tersebut memanggilnya semula dan membenarkannya membayar 5 X RM7 = RM35. Selepas membayar dan membaca niat, amil itu memberinya 3 keping resit RM10 yang membawa jumlah RM30. Sedangkan beliau membayar RM35. Ini bermakna RM5 adalah pembayaran tanpa resit.

Adalah penting golongan agamawan menunjukkan tauladan baik kepada orang awam supaya mereka tidak dilihat kurang berintegriti.

"Urusan bayar zakat fitrah dah jadi macam bisnes cari untung pulak ya," kata seorang pembayar zakat fitrah sambil ketawa, kemudian berlalu meninggalkan masjid.

My Comments:

Zakat memang wajib.

Tetapi (di negeri lain kut?) tidak wajib dibayar kepada masjid, surau, jabatan agama, kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa. Maksudnya ianya bukan jenayah jika tidak bayar duit zakat kepada pihak berkuasa.

Kalau sesiapa nak bayar zakat kepada masjid atau pihak berkuasa terpulanglah - cuma pastikan menerima resit yang sah.

Tetapi kalau ada resit yang sah pun macam mana kita boleh pastikan apa yang akan jadi kepada duit zakat yang kita bayar itu? Wallahu'alam.  

Ingat tak kes lama jabatan agama yang guna duit zakat untuk beli kereta mewah Mitsubishi Pajero?

Serupa juga bila kita bayar cukai pendapatan dan cukai hasil. Kerajaan pernah ambil duit kita dan bagi kepada 1MDB. Atau bayar untuk kapal tentera laut yang tak sampai pun.

Zakat boleh dibayar sendiri dan secara terus kepada orang yang memerlukan bantuan.

Contohnya kalau kadar zakat itu RM7 seorang, maka bolehlah bayar RM7 itu (bagi satu kepala) kepada saudara, musafir atau fakir miskin yang memerlukan bantuan. Cuma tak ada resit lah. Tetapi kita boleh puas hati zakat kita kena golongan sasaran.

Cerita di Blog Permadu Malaysia itu sedih sebab yang mengadu perkara ini adalah orang awam yang merasa tidak puas hati apabila pemungut zakat kata resit habis, tak bagi resit yang betul dsbnya. 

Kalau orang marah, esok nanti kerajaan Negeri boleh tewas undi pula.


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.